Friday, December 2, 2011

Sepatu dan Karipap.

Posted by | |

Semenjak kebelakangan ini, hujan sentiasa renyai-renyai dan adakalanya(almost setiap hari pun) lebat. Oh ye, hujan itu rahmat. Jangan lupa baca doa tiap kali hujan turun. Tapi kali ni bukan nak cakap pasal rezeki ataupun nak memberitahu tentang keadaan cuaca. Hari ni nak cerita tentang sepatu. Apa itu sepatu? sepatu atau sinonim dengan panggilan sandal,atau boleh juga dipanggil sebagai alas kaki. Apa kaitan sepatu dan hujan?

Well, since asyik hujan je dan setiap hari pun berjalan meredah hujan, makanya telah banyak sepatu yang telah tertanggal tapaknya. Sedang berjalan-jalan tiba-tiba terasa diri sangat tak balance. Bila toleh ke belakang ada tapak kasut telah tertinggal di belakang. Makanya telah tiba masa untuk membeli sepatu baru dan patut mencari sepatu yang dijahit tapaknya. So nanti tak payah fikir tapak kasut tertanggal ke tidak. Pada masa yang sama boleh mencari alasan untuk menambah koleksi sedia ada. (Zaman sekarang ada lagi ke koleksi kasut yang dijahit tapaknya?).


Tentang karipap pula, Semenjak saya diperkenalkan kepada karipap di Kafe Kampung Kopitiam ini, saya telah jatuh cinta pada kesedapan karipap tersebut. Makanya setiap kali berada di Sogo, pastinya saya akan membeli karipap di cafe ini. Seriously memang sedap. Kalau datang dengan family pastinya akan membeli karipap itu untuk diberi rasa kepada keluarga. Kalau datang dengan kawan pun pasti akan diintroducekan karipap tersebut. Yesterday siap beli 12 biji karipap untuk diberi kepada roomate my little brother di Matrikulasinya. Kesimpulannya kalau singgah di Sogo, jangan lupa rasa karipap di tempat ini.

Sampai sini sahaja coretan untuk hari ini. Sampai jumpa lagi. Happy weekend peeps!

0 comments:

Post a Comment