Sunday, December 26, 2010

Tanah Malaya mesti MENANG!

Posted by | |

Hurm... pagi-pagi lagi dah bangun dan mengorak banyak langkah menuju ke ofis. Al-maklumlah, hari jumaat dah cuti. Jadi hari ni ke Ofis untuk mengemas office baru. Semua staff menghadirkan diri. Since saya paling awal sampai, hehe~ saya cuci mata dengan melihat pemandangan KL dari luar tingkap office. Hajat di hati nak ushar Jantan hot-hot. Tapi tak adalah pula... frust juga ya..(dah iera... jangan nak mengarut. =_=")


Then bila semua dah sampai, Semua pun ada tugas masing-masing. Berpegang teguh pada prinsip bekerjasama, maka kami pun cuba mengemas office baru ni secepat mungkin. Tapi nampak gayanya banyak lagi yang harus dilakukan. Esok we all buat rombongan satu office ke IKEA. Hehe~ sama-sama pilih perabot untuk office baru. Tempat duduk awal-awal lagi dah booking. Siapa last kesian... duduklah engkau dekat dengan meja boss. Hehe~ Gambar dekat bawah ni, a few staffs tengah pasang meja. Meja saya adalah antara meja yang paling susah dan lama untuk dipasang. Last-last saya guna meja my boss.. Hehe~


Dah selesai tugas mengemas hari ni, we all pun balik. Esok sambung kemas lagi. So esok tak payah bawa laptop ke office since esok server and wifi office baru pun tak ada lagi. Jadi esok tak payah buat kerja lagi. Hikhik. Tengah on the way balik rumah, fuhhh... punyalah ramai penyokong bola sepak Malaysia berpusu-pusu menuju ke Bukit Jalil. Sempat juga saya curi-curi snap gambar penyokong fanatic bola sepak Malaysia.


MALAYSIA HARUS GAH!!! MALAYSIA BOLEH!!!



0 comments:

Post a Comment