Sunday, December 5, 2010

Kisah dihari keputerian

Posted by | |



Nak bagi apa ya pada ayahanda? Orang lelaki suka apa ya? Birthday ayahanda tak lama lagi. Last three years during my birthday, ayahanda bagi saya broadband. Sebenarnya bukanlah bagi. Tapi saya request.. ngeh ngeh ngeh~ ada ke orang request birthday gift. Time tu nak beli broadband macam mahal semacam je. Dulu beli device sekali dengan package mau RM300. Itupun beli masa dekat Uni sebab dapat student price. Kalau beli dekat luar mahu rm500. Fuhh~ nasib baik ayahanda sponsor. Kalau beli sendiri mau pokai. Sekarang broadband murah giler. Ada yang sebulan rm48 je. Aishhh.. bikin wa emo je.

Last two years ayahanda tak beli apa-apa. Tapi ayahanda beli Nokia 5800. Sebenarnya ayahanda beli untuk kegunaan sendiri. Tapi bila saya nampak dua hari saya peluk kotak together with the handphone. Siap merengek cakap boleh tak bagi adik handphone ni papa. Memandangkan dua hari saya peluk kotak handphone tu. Sampaikan makan dan tidur pun dengan handphone. Maka dengan pengisytiharan raja, maka ayahanda perkenankan permintaan saya. Yeay~ dapat juga handphone tu. Dah alang-alang dekat dengan hari keputerian saya, maka saya beranggapan itu adalah hadiah hari jadi saya.

Last year kebetulan laptop buat hal. Maka ayahanda belikan laptop Dell buat kegunaan saya. Siap belikan warna pink lagi. Fuhh~ hidup tanpa laptop ibarat hidup tanpa air. Hehe~ maka dengan adanya laptop tu, segala hal ehwal pembelajaran berjalan lancar. Terima kasih ayahanda. Jasamu ku kenang sampai mati.

Jadi sekarang bila dah bekerja, saya mahu beri yang terbaik untuk ayahanda dan bonda. Tapi untuk hal ehwal hari raja ayahanda ini, apa yang patut saya berikan ya?

2 comments:

angafey said...

belikan die pakej umrah or haji la mun.mantapppp.. he

ierayahaya said...

@angafey hoh.. yg tu takat ni tak mampu lagi. baru 5 bulan kerja.. saving pun baru nak hidup.. haha.. yang tu kena tunggu lagi a few years kot.

Post a Comment