Thursday, November 4, 2010

pergi cari yang lain

Posted by | |

Maaf la En Lift, saya tak nak bercinta dengan En Lift. Jadi En lift pergi lah cari mana-mana perempuan. Saya tak sudi. Berhenti main sepit-sepit saya. Fuhh.. sebenarnya nak marah dekat Lift office ni. Dah dua kali tersepit time nak masuk keluar lift. Sakit ok... Pandai pula lift ni main sepit-sepit orang ye.

Lepas kerja sempat ke Tesco jalan-jalan. Tiba-tiba rasa nak buat popia sendiri. So by the time dah sampai Tesco ampang ni, i just grab semua bahan-bahan untuk buat Popia. Hehe, lepas solat Isya' je terus proses semua benda untuk dibuat inti popia. Sekarang tengah tunggu Inti popia sejuk sikit sebelum dibalut dengan kulit popia. Before proses inti popia, of course i need to call my mum. Apa lagi, tanya macam mana nak masak inti popia ni. Time tengah masak inti popia i call my dad pula. Yela, saja nak wish congrats sebab calon BN dekat Adun Galas menang. Yes, my dad memang penyokong setia BN. Asal ada pilihan raya dekat Kelantan, dia antara orang yang busy menolong BN berkempen.

Hehe.. sebenarnya teruja buat popia sebab ni first time saya buat sendiri. Sedap ke tak belakang kira. Janji kejap lagi saya nak balut popia saya cantik-cantik macam saya balut hadiah. Teruja buat popia sampai saya postpone subject cari duit secara online.

Hehe~ Ada cikgu nak ajar saya macam mana nak earn money secara online. Well, saya suka experiment. So, kejap lagi saya nak belajar menjana duit secara online. Hebat ke? hehe.. nanti dah ada hasil saya announce okey. Esok Deepavali.. Yeay!! Holiday... Happy Deepavali kepada sesiapa yang menyambut perayaan ini.

Oopps.. esok saya nak karaoke sampai sakit tekak... lepas pergi Ofis artis, hari-hari saya menyanyi.. hehe...

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa....

lalalalala~

0 comments:

Post a Comment