Monday, November 22, 2010

Meeting tergempar!

Posted by | |

Pengerusi: Ayahanda
Timbalan Pengerusi: Bonda

Ahli:
Kakak sulung
Adik number tiga
Adik kembar berdua
Adik bongsu

Tidak Hadir:
Saya (Dimaafkan kerana bertugas di KL)
Adik number 4 (Dimaafkan kerana bertugas di KL)
_______________________________________________

Uishh, apa benda kat atas ni? siap ada pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli. Ha, untuk yang kesekian kali, selepas bertahun-tahun. Ayahanda membuat mesyuarat tergempar. Adui... ingatkan kat office je meeting. Sekali dekat rumah pun ayahanda buat family meeting. Last nite, meeting start pukul 10.30PM and end up dekat pukul 12.30AM. Lama betul kitorang meeting.

Sebelum meeting bermula, minit meeting yang dulu mesti disahkan. Hahaha... jangan tak tau, meeting ni betul-betul macam meeting dekat pejabat. Siap ada orang yang mengesahkan minit meeting. Dah disahkan, baru kitorang proceed with next agenda. Family korang ada buat meeting? Ke family saya je?

Tapi apa benda yang kecoh sangat sampai papa buat meeting? Ni ha, kakak yang sulung akan berkahwin next year. Dijangka tetamu yang bakal hadir sekitar 3000-4000 orang. Makanya segala persiapan harus berjalan lancar. Tetamu kena cukup makan. Biar lebih jangan kurang. Kata ayahanda demi menjaga nama baik keluarga. Aihhh, sesiapa yang bekerja di KL juga sudah dipesan awal-awal oleh ayahanda. Mesti apply cuti seminggu untuk wedding ceremony ni. Saya pula dah ditugaskan ayahanda untuk mengiringi beliau menyambut tetamu. Setiap orang juga sudah diberi tugas dan amanah.

Pendek kata majlis harus berjalan lancar. Wedding theme pula mengikut warna kegemaran ayahanda. Warna biru itu mesti ada. Warna hijau dilarang sama sekali. Honestly, walaupun meeting berjam-jam, it's funny ok. Bila mama membantah atau memberi cadangan, papa tolak. Mama bagi idea papa tolak sebab papa saja nak kenakan mama. Last-last, bila papa bagi idea kurang bernas, kami sepakat menolak. Haha... Kena ikut suara majoriti la papa...

Dapat dibayangkan majlis akan datang itu memenatkan. Dan pastinya semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.

0 comments:

Post a Comment