Saturday, November 13, 2010

Hi cantik!

Posted by | |

Uhhh, pagi ni masuk je dalam KLCC Convention centre ada apek dari Maxis tegur, "Hi cantik". hehe.. masalahnye cantik ke? pagi-pagi dah ada yang puji. Saya pun apa lagi, dah kena puji of course kita kena puji orang tu balik. Then i just said, "Hi handsome." Haha... So bila dah sampai booth Maxis, i just need to setup a few things and then me and some other staffs distribute product flayers.

Hurm, tahukah anda... time saya distribute flayers tu, bermacam gimik muka customer saya perhatikan.

1) Ada customers kalau nampak ada flayers yang akan distribute terus buat muka ketat. Senyum tu kan sedekah....
2) Ada yang lepas ambil flayers tu will said thank you. Owh... customer yang ni memang sangat polite.
3) Ada yang tersalah booth. Hehe, bila dah jadi macam ni, kita guide customer tu to the right place.
4) Selalunya bila dah distribute flayers, customer akan datang balik kalau dia berminat dengan product tu.
5) Ada juga customer yang bila dah diberi flayers tu, siap minta kita masukkan dalam recycle bag dia. Maklumlah... bila datang exhibition macam ni, flayers bukan main tebal lagi dapat. Kalau kumpul-kumpul boleh buat buku teks...
6) Ada customer yang excited giler especially bila tahu ada free gift. Kalau tak de free gift pun siap merayu-rayu nak gift. hehe~
7) Ada juga customer yang cute giler... Actually bukan la customer. Tapi anak client tu sendiri. Selalunya kalau ada kids lepak dekat booth i just give them sweets. Amboi, bukan main lagi budak-budak ni. Mula-mula malu, lepas dapat gula-gula excited pula.


With one of my cutest client. Siap sogok ngan gula-gula. Nak sweets kena amik gambar dulu.. Hehe~


Actually seharian berdiri mundar mandir promote company product memang sangat memenatkan. So, bila dah penat i just sit and kadang-kadang ada Maxis staff yang datang teman saya bersembang. yela, sama-sama dah penat. Tapi ada juga some other staffs yang very energetic. Lansung tak penat berdiri lama-lama.

Jadi bila dah duduk berehat-rehat apa lagi, sesi sembang plus discussion pun tiba. Macam-macam hal kitorang sentuh. Baik dari segi study, business, promotion, work, and language. Since kebanyakkan dari promoter Maxis ni orang cina, so they teach me a few words in Mandarin. And they are so excited bila dengar saya cakap a few words in Mandarin. I even asked them, can i learn Mandarin via watching the movies and they said it's still difficult. katanya bukan senang nak belajar Mandarin ni. Betul ke?


Tengah isi sweets dalam bekas. Cadbury kitorg makan. yang tak sedap customer yang makan. hehe~


Mostly orang yang kerja promoter ngan Maxis ni part time je. Dan semuanya student. baik dari private college or local university. Semuanya punya satu tujuan. To find extra money. Some of them buat part time untuk menampung yuran college yang mahal. Jadi kepada sesiapa yang dapat peluang belajar di local university, anda dah dikira beruntung. Lagi satu, Orang cina ni tak dapat apply ptptn. Hanya bumiputera sahaja. Jadi kalau dah dapat ptptn tu reti-retilah membayar balik. Ada juga yang buat part time so that dengan duit tu nanti, diorang boleh beli gadget or shopping. Katanya duit yang emak bagi kena guna untuk study. So kalau nak shopping kena cari duit sendiri.

Bila dah petang, masing-masing pun dah penat. Jadi kalau ada customer yang datang bertanya, tak kira lah product tu dari different company, kita akan promote kan bersama. Sampai satu tahap, saya pula promote product Maxis and ada juga orang Maxis promote product saya. Hehe... Walaupun baru dua hari lepak bersama, tapi since cepat serasi, so kira dah macam kenal lama. Hehe... sempat juga saya minta free gift t-shirt dari orang Maxis. Terima kasih ye.


Bersama sebahagian dari staffs Maxis


Bila saya join event macam ni, tak kiralah siapa kita, apa pekerjaan kita, apa bangsa dan agama, sifat hormat menghormati itu penting. Sifat bantu membantu itu sangat perlu. Ada satu masa saya dahaga, and they said to me, "ehh you tak payah beli air. Kita ada sedia banyak air." Dan saya dapat bukan satu. Tapi empat mineral water. Kalau saya nak simpan atau ambil barang dalam store pun mesti ada yang willing nak tolong angkat kan. Hehe... terima kasih la ye. Susah-susah je.

Dan pastinya bila dah kenal, saya akan minta FB address setiap orang so that in a future kita akan contact balik. Manalah tahu, next event jumpa lagi ke. Lagi pun, orang kata, "Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita serasikan." hehe~

2 comments:

Tony Mustaffa said...

你真漂亮! (ni zhen piao liang) = you are really beautiful.

Saja nak ajar hehe. If you want to learn Mandarin from movies, just drop by my blog. But you must learn the basics first lah.

ierayahaya said...

tony: haha.. wow, i already got a teacher to teach me mandarin.. i will.. i will learn mandarin from ur blog. thanks!

Post a Comment