Tuesday, October 26, 2010

Bila dapat gaji

Posted by | |

Salam ceria bloggers. Topic hari ni pasal gaji ye. Why? sebab biasanya hujung bulan poket bank tetiba penuh sebab boss bagi makan gaji. Hehe~ Bila saya dapat gaji...

1) Sewa Rumah. Yang ni benda first sekali yang saya akan bayar. Yela, kang kalau tak bayar tak pasal-pasal merempat kat tepi jalan. Since saya menyewa dengan adik saya, jadi saya bayar half and lagi half adik saya bayar sebab dia pun dah kerja.

2) PTPTN. Haa... yang ni.. aishh, banyak sungguh hutang saya dengan PTPTN ni. Dah kerja 4 bulan, saya baru start bayar last 2 month. No wonder muda-muda hutang dah berlambak. Sebab PTPTN ni la. Dulu dalam aggreement pinjaman ada dalam RM11,000. Sekarang kalau masuk interest mahu dalam RM14,000.

3) Celcom Broadband. yang ni pula, dulu masa belajar papa yang bayarkan. Bila saya dah dapat gaji saya cakap kat papa yang saya nak bayar sendiri. Konon nak belajar berdikari. Jadi a part of berdikari is kena bayar bill sendiri.

4) Menabung. Yang nie pula, bila saya dapat gaji, saya akan asingkan duit gaji saya untuk dibuat simpanan masa hadapan. Yela, tak kan nak enjoy sampai habis. Lagi pun mama dah pesan, menabung untuk masa hadapan. Tapi kadang-kadang kalau duit tak cukup saya korek balik tabung saya.. hehe~

5) Parent. Saya bagi duit kat parent tiap bulan. Dah 4 bulan kerja saya tak pernah miss lagi kalau bab yang nih. Tapi yang saya hairan, bila saya bagi duit kat parent. Nanti at the end diorang akan belanja saya double dari apa yang saya bagi. Yela... my mum tu, kalau dah datang rumah saya macam-macam benda baru dia bawa. Periuk baru la, cerek baru la. Bila nak ganti duit, mama mesti cakap tak payah. Papa pula, kalau bagi duit mesti dia guna duit tu belanja saya makan. Tapi... menghulur sebahagian duit kita pada ibu dan ayah itu adat. Sebab parent ni tak akan minta duit pada anak-anak. Sebagai anak, itu tanggungjawab kita. Dan duit tak kan kurang pun kalau kita bagi pada parent kita sendiri.

6) Sedekah. Yang ni papa pesan pada saya. Banyakkan bersedekah. Kadang-kadang saya buat. Kadang-kadang tak buat sebab duit macam tak cukup.. haha... Tapi bila tak buat rasa tak sedap hati sebab bila papa dah cakap macam tu saya rasa benda ni dah jadi macam amanah.

7) Zakat. Saya baru tahu bila dah bekerja saya kena bayar zakat pendapatan. Ini pun kawan yang bagitahu. Semalam pergi conference dekat Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru. Kebetulan masa tu ada beberapa orang dari lembaga zakat join conference tu. Dan saya tanya mereka pasal zakat. Diorang cakap kalau dah kerja setahun baru layak bayar zakat. Jadi nanti saya dah cukup setahun baru saya fikir pasal zakat pendapatan ni. Owh ye.. Time puasa dulu ingat nak bayar zakat fitrah. Tapi kawan cakap zakat fitrah ni ketua keluarga yang bayar. Jadi saya call papa dan papa cakap dia dah bayarkan. Jadi esok-esok kalau saya dah kahwin, suami saya jangan lupa bayar tau. hehe~

8)Bill. Selalu saya asingkan duit bil elektrik dan air. Selebihnya baru saya buat belanja harian saya.

Since kerja ni dah lama saya tak shopping untuk diri sendiri. 4 bulan dapat gaji saya baru beli sepasang office attire. Semua nie sebab bila dah cari duit sendiri saya banyak berfikir adakah benda nie saya perlukan atau tidak.

9 comments:

SoFYa said...

Mun...cam sama je snarai ni ngn Opie...cuma no. 3 je la yg xsma....

ops...yg no.7 tu pn sma...op xfkir lgsung...kna msukkn dlm senarai nih...

ierayahaya said...

hehe opie.. yg no. 7 tu mmg kn masuk list. mun pun kn beringat gak. tkt gak bila dah cukup setahun nnt lupa... hehe~

Unknown said...

kau lupa masukkan number 9 ---> belanja Taro. muahahahahah!

ierayahaya said...

miahahaha taro.. tuh la... no tuh boleh la.. bl2 nak n bl2 ko free... bl mau?

atie said...

no 1 aku byr kete~terbalik ngan kamu
no 2 aku hahaah~xbyr2 lg pinjaman MARA(manala tau tbe2 berubah fikiran nak kerja MARA)terhapus pinjaman daku~
no 3 celcom broadband aku dh bg izuan
no 4 slalu ye kena korek lg byk dr menyimpan
no 5 mak beli kain smyg la, beli tudung la beli mkanan la(haih-xberbaloi ngan duit aku bg)
no 6 anak sedare ramai utk bersedekah mknan~sentiase lapar mereka2 tu
no 7 zakat setahun lg
no 8 duk umah kakak~belum pk lg~~hihi

ierayahaya said...

haha Atie.. bl da keje br tahu tanggungawab masing-masing... nasib aku x de anak sedara lg.. bila ntah nak ada... haha~

atie said...

insyaAllah~akhir thn depan ke~~=)
aku doakan!~chaiyok kakak mun!kiki~=)

sidekick511 said...

no 10------> banja nasree..haha=)

ierayahaya said...

hehe~ 9--->Taro 10---->Nasree... 11? 12? hehe~

Post a Comment