Monday, October 25, 2010

Jiwa mesti keras mcm kentang. jangan lembut macam kentang putar.

Posted by | |

"Jiwa mesti keras mcm kentang. jangan lembut macam kentang putar KFC suda..." hehe.. Pe hal tetiba masuk kentang putar KFC ni... Sebenarnya nak cakap yang pendirian ni kena tetap. Jangan suka nak tukar-tukar. Nanti orang cakap tak ada pendirian.

Bila saya join industri, banyak benda halal dan haram saya nampak. Tak dinafikan, sesungguhnya bisnes banyak menguji keimanan seseorang. Kenapa saya cakap macam ni? Sesungguhnya bisnes itu tergolong dalam salah satu pekerjaan yang paling mulia dan junjungan Rasullullah adalah insan paling unggul dalam pengurusan business. Tapi, sejauh manakah kita memuliakan sesuatu pekerjaan itu?

Kenapa saya tiba-tiba mempersoalkan perkara ini? selama 4 bulan saya join industri, ada beberapa perkara yang telah membuat saya berfikir dan mengaitkannya dengan agama yang saya anuti. Dan sesungguhnya kadang-kadang saya tersepit antara tanggungjawab dan tuntutan agama. Agama Islam itu mudah, tapi jangan sampai diremeh-temehkan. Siapalah saya kalau nak bercakap soal agama tapi saya banyak belajar melalui pemerhatian saya sendiri.

4 bulan dalam industri, merupakan tempoh yang singkat. Dan ini apa yang saya perhatikan...

1) Rules in business, if we meet someone especially our client, kita kena salam. In order to show our respect. Dan saya masih belajar bagaimana untuk menolak huluran tangan bukan muhrim. Kadang-kadang kalau yang menghulur tu bukan islam saya fahamla juga. Tapi kalau yang menghulur tu Islam memang tak tahu nak kata apa. I do discuss this with my boss and she said that saya kena belajar menolak dengan cara yang baik.

2) Yang ni saya rasa semua orang setuju. Orang cina banyak memonopoli industri business in Malaysia. Dan kebanyakkan client company adalah orang cina. Saya pernah menghadiri satu event di Sunway. Client company invite us to join diorang punya gathering dinner. Dan saya terkejut kerana arak dihidang sekali dalam dinner tersebut. Yang lebih mengecewakan, Orang Melayu turut meminum minuman syaitan tu tanpa rasa malu. Saya pula yang malu. Dah la minum, siap cheers dengan orang-orang cina. Dan itu first time saya tengok orang mabuk. Buruk sungguh rupa orang mabuk.

3) I need to choose the right place untuk launch satu Mobile Education event. And i choose satu hotel near KLCC. But somehow the client tak puas hati. And that client ajak saya to the next hotel because she said that her company ada buat satu event kat situ dulu. Dan bila sampai hotel tue, actually it's a bar. I thought that it's gonna be a restaurant. Nak tak nak dengan berat hati terpaksa lah ikut client tu deal price with that hotel management. Buat press conference pasal education dalam bar... sangat tak sesuai bukan? dahla yang my client tu Melayu.What to do, dalam business ni, customer always right. They decide what they want.

4) Saya juga ada join beberapa event dan saya berkenalan dengan beberapa wanita yang berkahwin dengan cina. Dalam erti kata yang lain, Their husband is Mualaf. Tapi melalui pemerhatian dan cerita mereka ini, bukan semua yang kahwin dengan mualaf ini dapat membimbing partner masing-masing. Tapi saya sangat kagum mendengar cerita orang Mualaf yang masuk Islam kerana ingin mencari Agama. Bukan masuk Islam atas dasar perkahwinan.

Ini apa yang saya nampak sepanjang 4 bulan saya bekerja. Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsi. Tapi entry macam dah panjang sangat. Nanti korang tak larat baca pula. Semoga keimanan kita semua sentiasa teguh. Ameen~

1 comments:

Ms. TaroAthirah said...

Baru syok syok baca, tetiba da habis. Ada sambungan tak? Eheheh

Post a Comment