Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Semangat kesukanan.

Posted by | | 2 comments

Terasa tahap ekonomi makin menurun since kena ganti cuti on saturday. After kerja terus singgah KLCC shopping shopping. If tak ada benda nak beli pun for sure tangan akan terasa kegatalan yang amat sangat. Maka tanpa disedari tangan yang gatal itu telah mengambil beberapa barang yang tidak diperlukan. (OMG!!! patut mengawal selia ketebalan poket. Kalau berterusan macam ini maka poket akan mudah koyak rabak).

When siblings ask you to belanja them something yang expensive... me as a kakak akan fikir 2kali paling minima. Although fikir banyak kali at the end still akan cakap YES. I don't know why kalau i said NO maka perasaan bersalah akan menghantui my mind selama berhari-hari. Although mulut cakap NO, at the end that NO words will turn into YES words.

Dek kerana telah terlanjur registerkan diri untuk join marathon... Makanya saya telah membeli sepasang sport shoe yang colornye still ada pinky-pinky sikit. So last Sunday i went to the nearest park dekat rumah. Tak ada la dekat sangat that park. Nak sampai park tu pun sudah mengambil masa 30 minit dengan berjalan kaki. Fuhh!!! Sampai park terus buat sikit warming up and start jogging. Tapi dek kesemputan yang mengalahkan orang tua... i just manage to jog 1 round park tue jew...(perasaan malu berbekas dalam hati bila tengok pakcik makcik lari beround-round walhal saya satu round je pun dah semput). So since dah tak fit, i decide to walk as fast as i can selama hurm... 1 hour and 30 minutes.

Lepas habis sesi latihan for marathon, i decide to take a look sekitar park and woha.. rupanya tersangatlah banyak buaian dekat that park. So apalagi... main buaian sambil bersuka ria. Terkenang kembali zaman hingusan time budak-budak dahulu. Dah hilang penat exercise, makanya harus pulang kerumah. Dalam hati macam owh yeah!!! i start to have a healthy life. Cewahh!!

Wednesday, February 23, 2011

Tak berkenan betul!

Posted by | | 6 comments


Aaishh bkan nak merungut di pagi hari. Tapi memandangkan dah tak boleh blah... maka dengarlah bebelan i ni di pagi hari. Haha~ Memang tak berkenan betul dengan sikap sesetengah pemandu bus. Lagi-lagi driver bus dari Metro bus company. Uhh, sangat tak beretika. Penumpang tak turun lagi bus dah gerak. Nak bunuh orang ke apa. Lain kali before drive tu tengok la dulu penumpang dah turun betul-betul ke belum. Ni pakai main gerak je. Kalau jatuh tergolek kat tepi bus tak pe lagi. Habis kalau jatuh lepas tu kena gelek tak ke naya? Nasib i perempuan. paling-paling pun i maki je. haha~ Okay siapa yang tak marah kalau dah jadi macam ni. Kalau i laki bukan setakat maki. Dah sah-sah bas tu kena penendang maut! DAMMIT!

Wednesday, December 22, 2010

Satu Malaysia!

Posted by | | 0 comments

Bila duduk di kawasan kejiranan yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum, (ala-ala nak satu Malaysia la katakan), pastinya setiap kali tibanya musim perayaan, terasa seperti perayaan itu disambut bersama.

Since christmas pun dah nak dekat, so ada suatu hari ni, seperti terdengar koir christmas dinyanyikan diluar rumah. Me and my adik yang dekat dalam rumah ni macam tercengang. Iyalah, first time la katakan dengar orang siap dengan koir duk praktis nyanyi christmas songs ramai-ramai time nak dekat tengah malam pula tu. Hehe~


p/s: Bertuah bilamana Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama sebab setiap kali musim perayaan dapat cuti. Hehe~ Tapi kecewa juga sebab cuti christmas kali ni jatuh pada hari Sabtu. Sobsobsob~

Tuesday, November 30, 2010

Aku dan kenderaan

Posted by | | 2 comments

Nak tahu kisah cik Iera dan kenderaan? Mari ikut satu persatu ye.

1)Basikal

Cik Iera pandai naik basikal masa umur 15 Tahun. Ahaha~ Form 3 baru pandai naik basikal. Apakah lembab sangat ko ni cik Iera.

2)Kereta

Uhh Cik Iera trauma kalau tengok kereta. Kenapa? Sila baca entry ni. Cik Iera reti naik kereta. Nak bawak cik Iera trauma. kalau cik Iera yang bawa kereta, rasa ajal tu makin dekat je. Hehe~

3)Transit LRT

Cik Iera suka naik LRT. Sebab ni one of the easiest way untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju.

4)Train

Cik Iera tak suka naik train. Kalau dari KL ke Kelantan, uishh.... mau sakit pinggang. 14 jam woooo... mana tahan. Baru sekali cik Iera naik train. And that's gonna be the last one la.

5)Kapal Terbang

Ha~ cik Iera tak pernah naik kapal terbang sorang-sorang. Ayahanda cakap cik Iera takut terhempas kapal terbang. Betulke?

Sebenarnya cik Iera tengah try melukis guna Paint Apps. Ahahaha~ budak kechik melukis lagi cun kowt~ kemonla cik Iera...

Thursday, November 25, 2010

Aku dan pacat

Posted by | | 4 comments

Uhhh suddenly teringat pengalaman kena gigit pacat. Kenapa time ni pacat yang terlintas difikiran? Beta pun tak tahu nak jawab. Haha~ Siot je pacat ni. Uhh, trauma trauma! Kenapa trauma dengan pacat?

1) Sebab pacat ni suka hisap darah. Kadang-kadang tak sedar dah berkilo-kilo pack darah hilang kena sedut dengan pacat.

2) Sebab pacat pernah masuk dalam mata. Argghhhh! yang ni lagi trauma. Sampai sekarang ingat. Grrr~ Makhluk pacat di band dari hidup ku!

Kisah bersama pacat:

Tatkala masih di zaman hingusan, tiap kali school holiday for sure my family akan balik ke kampung nenek. So time tu semua excited sebab dapat naik flight dari Sabah ke Kelantan. So, suatu hari time tengah mandi pagi, tetiba ternampak seekor pacat di hujung toilet. Since makhluk pacat ni scary, dan saya tak nak kehilangan darah, ahaha... apa lagi, speed kemandian dipercepatkan ke tahap paling maksima. Takut pacat punya pasal.

Bila dah siap mandi, tetiba perasan ada benda bergerak-gerak kat hujung mata. AAArghhh! makhluk pacat berada dihujung mata. Dammit. Nak tarik sekali tertolak makhluk scary tu sampai termasuk dalam mata. Sobsobsob. takut punya pasal, terus keluar toilet sambil jerit panggil papa. Sebenarnya takut pacat makan mata sampai buta.

Bila ayahanda pun cuak, guess what my dad did untuk keluarkan pacat tu? Tak kan ayahanda nak korek guna tangan keluarkan pacat tu kan. So, since ayahanda pun tak tahu nak keluarkan macam mana. He just grab kain lap kaki tu, and korek guna benda tu untuk keluarkan pacat. Grrrr~ wa menci sama lu pacat!

Nasib baik dapat keluarkan pacat tu. Agaknya saya rabun sebab makhluk bernama pacat ni. I curse you pacat! Grrrr~

BELIA BENCI PACAT!