Sunday, December 19, 2010

selamat tiba ke destinasi.

Posted by | |

Fuhh fuhhh fuhh... hehe, nasib tak sempat bersawang blog ni. Setakat berhabuk je. Hehe~ Tiba di KL pukul 6.15PM. Flight delay almost 1 hour. Semua penumpang tekun menanti. Ada yang tengah mendodoi anak. Ada yang tengah dukung anak. Ada yang tengah kunyah gula-gula. Dan saya, hehe~ kunyah coklat. Tengah mengunyah, datangla seorang budak ni. Sitting in front of me. Bila saya goyang kaki dia ikut. Bila saya perasan, saya saja silangkan kaki saya. Ish... budak ni pun ikut juga. Bila saya angkat tangan keatas pun budak ni tiru. Aishhh, nasib parent ko kat sebelah je. Kalau tak dah lama kucubit pipi budak ni. Dah la tembam giler. Hehe~

Actually sepanjang perjalanan rasa kecut perut je. Sebab this is the first time saya travel alone. After 12 years, hari ni tetiba je kena paksa oleh papa. So dengan berat hati terpaksalah saya travel alone. Saya balik jauh-jauh dari KL ni, saya sempat tengok my dad punya muka just for 30 minit je since my dad meeting for the whole day. So mama yang temankan saya sampai ke airport. Dah check in, sampai masa nak letak bagasi, i look at my mum face lama giler. Lepas tu mama senyum-senyum. then saya tarik mama and at the same time said "Mama please teman adik. Takutla". Time tu mama senyum-senyum je.

Sampai je di KLIA, papa call. First question papa tanya, Jumpa ke lubang nak keluar dari KLIA. I just said jumpa je. Sempat lagi saya cakap pada papa, "Saya suka duduk bawah ketiak papa dan mama sebab wangi". Then papa gelak-gelak je. Papa tanya saya, susah ke travel alone. Then i just said senang je. Macam makan kacang. Cuma rasa takut je. Then papa sempat pesan hati-hati bila balik ke rumah. Gud luck for tomorrow's interview. Mama juga pesan benda yang sama.

p/s:
- Ingin simpan boarding pass sebab papa yang belikan dan sebagai kenangan saya berjaya travel alone. (Punyalah santimental ko ni iera).
- Saya dah register haji pagi tadi. Tak sampai seminit dah siap segala process. Owh cepat sungguh. They said lagi 5 to 6 years akan buat tawaran pergi haji kepada saya. If ada rezeki insyaallah...
- Tetiba tadi dalam kereta nenek dan mama pot pet pot pet dan pesan, esok-esok kalau dah kahwin jangan berhenti kerja sebab bila bekerja at least kita ada duit sendiri. Boleh bagi dekat anak, parent. Boleh tanggung diri sendiri. If anything happen kita masih ada tempat bergantung. Baru je masuk kereta dah kena pot pet. So dengar je la apa orang tua pesan.
- Nervous sebab esok ada interview. Tak tahu nak prepare apa. Takut nye...

0 comments:

Post a Comment