Thursday, December 23, 2010

Selamanya,sehari atau sejam.

Posted by | |

Apa akan jadi sekiranya seluruh kehidupan itu milik anda. Maksudnya anda hidup selamanya. Tidak perlu risau tentang ajal datang menjemput. Adakah hari-hari anda akan menjadi lebih berkualiti? Atau hari-hari anda akan jadi hari yang sia-sia? Ahh... relaxla, esok masih ada. Adakah ungkapan ini yang anda akan luahkan setiap hari?

Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda cuma ada satu hari sahaja untuk kehidupan? Apa, sehari je mana cukup. Adakah sehari itu anda akan habiskan dengan memohon ampun dan taubat? ataupun mungkin makan makanan kegemaran anda sepuas-puasnya. Ataupun menghabiskan masa dengan yang tersayang? Kalau rasa-rasa time tu Al-quran atau tikar sejadah yang selama ini berhabuk, makanya kerana tinggal sehari ini terus disentuh. Atau adakah anda akan keluar berhibur sampai penat dek lantaran anda cuma ada sehari sahaja lagi untuk hidup. Yang belum berkahwin terus mencari pasangan. Aishhh, rugi kalau aku tak kahwin sebelum mati.

Apa akan jadi andai anda mengetahui anda cuma ada sejam sahaja lagi untuk hidup. Wahh, mahu buat apa ya. Sejam sahaja mana cukup. Bermacam-macam perkara berlegar dalam kepala. Sedang memikirkan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Tapi sedarkah anda, berfikir tentang itu semua sudah memakan masa yang banyak. Kalau ada buat salah dengan orang, kena cari orang tu lagi untuk memohon maaf. Kalau dah sukakan orang tu, kena cari orang tu lagi untuk meluahkan segala isi hati. Takut kalau tak cakap menyesal pula. Belum lagi fikir nak mengucap atau pun nak memohon ampun pada yang Esa.

Andai manusia tahu bila ajal akan datang menjemput, mungkin ibadat tidak akan seikhlas hati. Mungkin juga ibadat dilakukan terburu-buru. Kerana itu, sudah menjadi ketentuan Allah bahawa kehidupan manusia di dunia ini ada had, batasan dan waktunya. Dan ajal itu tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat pun. Makanya hiduplah dengan penuh berhemah dan berkualiti. Dimana agama dijunjung dan jangan sesekali leka dengan nikmat dunia kerana mati itu datang secara tiba-tiba.

Setiap hembusan nafas itu boleh dibilang. Sekali dihembus, maka akan berkuranganlah sebahagian lagi daripada nafas-nafas itu.

0 comments:

Post a Comment