Friday, December 10, 2010

Posted by | |

Penat aku berdiri,
dibawah pohon redup,
kini aku mencari,
secebis erti hidup.


Keselamatan:
Bila berada di Uni, saya tidak pernah kisah tentang aspek keselamatan. Pernah juga balik hostel lewat malam gara-gara ada group discussion. yang digeruni hanyalah anjing liar dan monyet-monyet sahaja. Tapi bila sudah stay sendiri, aspek keselamatan menjadi isu besar. Bila nak keluar dari rumah, i need to make sure yang suis dah tutup ke. Gas memasak dah padam ke. Pintu dah kunci ke. Bukan itu sahaja, saya perlu berhati-hati dengan keadaan persekitaran. Aishh, tak pernah putus-putus berdoa agar diri ini selamat.

Kelaparan:
Hehe~ dulu bila di Uni, nak makan semua beli. Tapi bila dah duduk sendiri, ada masa berasap la juga dapur tu. Tengok pada kerajinan. Dulu bila mama suruh belajar memasak, saya selalu bagi alasan, "bukan nak kahwin lagi. buat apa nak belajar". Sekarang ni bila dah duduk sendiri, baru saya tahu yang ilmu memasak itu penting. Masalahnya nak bagi diri sendiri makan pun fail lagi. Takkan hari-hari nak beli. Sampaikan kalau pergi kedai tu dah tak tahu nak pilih menu apa. Boring. Dan takkan hari-hari nak makan Maggie. Saya bukan penggemar Maggie. Jadi ambil insiatif belajar memasak sendiri. Tak tahu je saya tanya mama atau Google.

Kewangan:
Dulu before kerja, tak ada duit je minta dengan papa. tapi bila dah bekerja, baru saya tahu yang it's not that easy to earn the money. Nak kena harung bermacam dugaan baru dapat duit tu. Bila dah dapat, duit tu saya spent dengan cermat. Aspek pembaziran saya kurangkan. Saya mula berfikir antara keperluan dan kehendak. Mana yang penting saya dahulukan.

Kebersihan:
Aspek ini umum tahu ianya memang penting. Bukan soal kebersihan diri sahaja jadi ukuran. Malahan tempat tinggal dan persekitaran juga diambil kira. Bila dah menyewa, rumah itu sentiasa di jaga sebaik mungkin. Ini mengenangkan amanah tuan rumah yang menyuruh saya sentiasa menjaga rumah mereka dengan baik. Soal kebersihan dapur dan bilik menjadi keutamaan. Sebelum tidur harus make sure semua barang tersusun rapi dan diletak ditempat yang sepatutnya.

Aihh, susah juga bila hidup jauh dari family. Nak kena mengambil kira banyak aspek. Dan ini buat saya berfikir dan sikit-sikit saya belajar menghargai hidup ini. Sentiasa bersyukur punya keluarga yang sentiasa memahami dan memberi sokongan.

2 comments:

Unknown said...

tu baru hidup bujang.. blum ada berumahtangga lg. nnt dh ada anak lg pening nk pikir benda2 tu kan? mcm tu la parent kita rasa..berat mata memandang, berat lg bahu memikul..huhuhu~

ierayahaya said...

@shatooman hehe~ that's trus la.. da kawen esok2 lg besar tanggunjawab. fuhhh!

Post a Comment