Monday, December 6, 2010

Meaning of life

Posted by | |



Yeay esok cuti. Hehe~ siapa tak suka cuti? Bila dah bekerja, cuti ni memang saat yang paling ditunggu-tunggu. Dahla weekend baru ni bekerja dari pagi sampai malam. Jadi bila esok dah cuti apa lagi... jum kita enjoy! Hehe~ esok nak buat apa ya? Mahu keluar tengok wayang kot. Rasa macam dah lama tak tengok wayang. Sampaikan tak tahu cerita apa yang best. My adik nak tengok Rapunzel dan saya seperti ingin melihat Social Network. Harry Potter pun tak tengok lagi. Aishhh~ maybe esok mahu movie marathon. Esok juga mahu celebrate birthday my adik. Since di KL ni berdua sahaja, jadi esok belanja my adik apa-apa yang patut.

Tapi bila memikirkan Krismas dan tahun baru nanti jatuh hari sabtu, aishhh... sepertinya ada riak kecewa. Hehe~ nampak sangat sikap pemalas cik Iera ni. Dah nak masuk tahun baru rupanya. Sekejap sahaja masa berlalu. Lots of things happen this year. Graduate, kerja, pindah rumah, hidup berdikari, semuanya memberi kenangan tersendiri kepada saya. Aihh, yang pasti, hidup itu indah. Walau terselit sedikit kepahitan, namun yang pahit itu telah mengajar saya what is the meaning of life.

2 comments:

Unknown said...

belanja aku tgk wayang..hehe

ierayahaya said...

@E.d.Y jum2.. no hal la. haha~

Post a Comment