Saturday, December 11, 2010

Jangan pandang belakang

Posted by | |

Orang cakap, kalau dimalam hari tatkala berjalan sorang-sorang jangan sesekali pandang belakang. Takut ternampak benda bukan-bukan. Kang tak pasal-pasal pengsan.


Tapi dalam hidup ini, sesekali kalau kita toleh kebelakang itu, tak apakan. Kenang kembali memori lama itu barangkali boleh mendatangkan keinsafan yang tak terhingga. Semoga tidak diulang salah yang telah dibuat. Semoga hidup dimasa hadapan semakin lancar. Dan yang lepas itu dijadikan pengajaran yang amat berguna dalam hidup.

Sekirannya salah itu ada, maka kalau dikenang kembali barangkali boleh mendatangkan taubat. Berjanji pada diri dan tuhan agar kesilapan itu tidak diulang lagi. Sentiasa menghambakan diri pada yang maha esa agar diberi petunjuk dan hidayah. Agar diri ini dilindungi dan sememangnya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk diri.

Barangkali dengan memandang kebelakang itu juga dapat mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa memohon ampun dengan yang maha Esa. Akur pada kelemahan diri dan akur pada ketentuan ilahi. Boleh pandang kebelakang. Tapi jangan duduk dalam kegelapan. Bangkit dari kegagalan. Sentiasa belajar memajukan diri. Andai satu hari kita sesat, kembali sahaja kepangkal jalan. Andai satu hari kita rasa kita keseorangan, maka berfikirlah Allah itu ada. Biar semua meninggalkan kita, namun tuhan itu sentiasa ada menemani kita.

2 comments:

toyolkiut said...

dan usah lupa pandang kiri kanan sblm melintas..

ierayahaya said...

@toyolkiut ahhh... yang tu betul juga kan.. hehe.. if not habis kena langgar.

Post a Comment