Saturday, December 11, 2010

Ramainya umat manusia...

Posted by | |

Owh hai readers. Hari ni saya bangun pagi dengan perasaan malas menyelubungi diri. Tahu ada perkara harus diselesaikan, makanya saya gagahkan juga diri ini untuk bersiap. Selesai semua, saya ke Bukit Jalil. Ada Jom Heboh disana. Well, since this is the first time saya pergi Jom Heboh, saya kind of excited la juga. My adik cakap ada banyak barang dijual disana. So me and my adik pun pergilah ke Bukit Jalil. Sampai sahaja disana, wahhhh... ramainya umat manusia di Bukit Jalil ni.


Sebelum meneruskan misi melihat dan menjelajah setiap booth dekat sini, saya terus ke Hotlink booth. Ingin menyelesaikan tugas dahulu. Sampai sahaja disana, saya call printing people tanya bila calendar yang company saya order nak sampai. Uhhh, lambat pula mereka ni. janji pukul 10.30AM nak hantar barang. Memandangkan orang yang saya tunggu masih tak kunjung tiba, saya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan disekitar booth Hotlink ni. Gerai yang menjadi tumpuan saya semestinya gerai yang banyak menjual junk food. Hehe~


Tadaaaa~ agak-agak banyak tak makanan ringan yang saya borong? Sebenarnya bukanlah nak beli sangat. Tapi sebab murah makanya banyak juga yang saya borong. Ehhh, sebenarnya ini dikira sikit tau. Ada customer lain sampai tak cukup tangan nak bawa. Ibaratnya kalau saya ada gelang emas, gelang emas saya ada satu je. Orang lain siap gelang emas sampai ke siku. Banyaknya diorang memborong.


Owh mai Gucci... Cantiknya topi-topi ni. Sangat colorful dan menarik. Tapi saya tak beli pun. Batik satu Malaysia juga ada dijual disini. Bermacam barangan ada dijual. Boleh pilih mana yang berkenan. Harga boleh negotiate. Hehe~ dah macam orang jual barang pun ada saya ni. Dah selesai berjalan-jalan, saya berpatah balik ke Booth Hotlink memandangkan orang yang saya tunggu juga telah tiba.


Setelah selesai semua urusan, saya dan my adik pun bergerak pulang ke rumah. Sampai je di stesen lrt Bukit Jalil, saya nampak ada booth SPR. Haa... sudahkah anda mendaftar pengundi? kalau belum jangan lupa singgah di booth SPR. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Masa depan negara di tangan anda. Cewaahhh~ pandai pula saya berkata-kata. Hehe~


See... i told you yang ramai betul umat manusia dekat Bukit Jalil ni. Makin lama makin sesak.


Barang apa yang saya tunggu? Ni ha, i need to make sure calendar dekat bawah ni sampai dekat Hotlink booth and i need to get the invoice. Fuhh, sejam saya tunggu orang datang hantar barang ni. Cantikkan kalendar ni. Hehe~ sempat juga saya rembat beberapa keping untuk simpanan saya.


Sampai sahaja di rumah, saya terus menyusun segala barang yang telah saya beli. Hehe~ agak-agak, banyak tak stok makanan ringan yang saya dah borong? Penuh kabinet dapur saya. Kalau dah penuh macam ni dikira banyak ke? Hehe~


Pada yang sedang berdiet, anda dilarang meniru perbuatan saya ini. Dan pada yang masih punya anak kecil, anda tidak digalakkkan sama sekali untuk membeli banyak junk food. Nanti rongak gigi anak anda. Dan sebenarnya korang. Tak elok pun makan makanan ringan banyak sangat. Jangan lupa jaga kesihatan ya. Semua makanan ringan ni belum tentu me and my adik yang makan. Kitorang memang suka membeli tapi belum tentu semua ni akan habis dalam masa dua bulan. Sometimes jadi perhiasan dalam tempoh yang agak lama baru timbul kesedaran dalam diri kami untuk meNGAP makanan ini.

2 comments:

Anonymous said...

pergh...banyak nye borong makanan...huhuhu....nak sikit....

tu malas nak pergi tue...sesak...hehe...

ierayahaya said...

@DefarhanoVII a.k.a BoyPJ banyakkan... wink wink~

Post a Comment