Thursday, December 2, 2010

cinta itu kurap, makin digaru makin sedap

Posted by | |

Pecah kaca pecah gelas,
Rosak bahasa nak baca pun malas.


Orang kata, bahasa jiwa bangsa. Akan tetapi, rosak bahasa rosakkah bangsa? Hari ni saya terbaca satu artikel dari majalah "Mutiara Minda" bertajuk "Pecah kaca pecah gelas. Rosak bahasa nak baca pun malas". Menarik ke artikel tu?

sesungguhnya, artikel itu sangat menarik minat saya sebab isu dikupas berkaitan dengan penulisan dalam dunia blog. Rata-rata penulis blog tahu, sesiapa yang mempunyai blog sudah dikira penulis bebas. Bebas bersuara tapi sejauh mana tanggunjawab kita dalam kebebasan yang telah diberikan tu?

Menurut penulis, sesiapa yang menulis dan mengeja dalam keadaan cermat terhadap ejaan dan tatabahasa, dia menulis dalam keadaan sedar. Maka seseorang itu akan lebih bertanggungjawab dan beradab. Pendek kata, tidak menulis secara membabi buta. Penulis juga menekankan yang dia sememangnya sudah bosan dengan tulisan ala-ala trengkas. kenapa dipendekkan menjadi knp dan baik disingkatkan menjadi ba8.

Bagi penulis, Teknologi memang bagus. tetapi ada juga celanya. Benda yang dahulunya indah, kini menjadi pudar dan hambar. Jika tidak ada kasih kepada bahasa, mana mungkin ada kemahuan untuk menjaga dan menghormatinya. Penulis juga menekankan, generasi hari ini tidak pandai berbahasa. Cakapnya kasar, tidak pandai mengambil hati, tulisnya keras dan ayatnya pedas.

Jika dahulu kita banyak berinteraksi dengan manusia, tetapi kini banyak bersifat virtual, dengan mesin tanpa jiwa dan rasa. Membaca tulisan seperti ungkapan matematik. Tanpa perasaan! Sebab itu anak muda sekarang mudah terjatuh dalam permainan kata-kata. cukup sekadar disuntik sedikit rasa, terus rabun menilai yang mana intan yang mana kaca.

cinta itu kurap,
makin digaru makin sedap


Ayat sebusuk ini pun sudah bisa memutikkan cinta! Bagi Cik Iera pula cinta itu umpama air teh. Diletak gula manis. Diminum bersahaja pahit. Penulis juga sering bertamu dihalaman blog anak muda yang hebat-hebat ilmu mereka. Isinya hebat malah rujukannya juga mantap. Tapi sayang, ia ditulis dalam bahasa sampah. Ini amatlah merugikan. Biarpun isi kandungan baik, tetapi ia adalah pembaziran.

komen dari saya:
1) if you are in a university, and you use broken language, then you will end up with broken marks.
2)Orang yang berusia, memang tak suka kalau kita hantar sms menggunakan bahasa trengkas. Susah nak faham kata mereka.

20 comments:

Fadhli Aris said...

pada aku.. cinta itu umpama secawan kopi yang panas. jangan gelojoh bila nak minum. kena hirup aromanya dulu baru nikmat. kalau gelojoh, aroma tak dapat, lidah pun melecur sebab minum air yang panas sangat. kalau lambat, ia akan jadi sejuk dan tak sedap lagi untuk diminum. hehe..

ierayahaya said...

@ FadhliFadhli Aris

walaweihh ko nye perumpamaan cinta is awesome arr fadhli.. hehe.. aku suka aku suka!

Fadhli Aris said...

hehe.. biasa la. pengalaman mengajar kita banyak perkara. mmg rmai org yang gelojoh kn bila bercinta. sume nk wat cepat2 esp bnda2 yg terlarang. :)

ierayahaya said...

@Fadhli Aris

yupe.. yg tu aku agree betul la Fadhli... memang tak dinafikan pun..

hans said...

owh..
rasa-rasanya entry ku semuanya menulis dengan perkataan penuh
hehehehe

P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi

Sepi tanpa mimpi said...

saya suka penggunaan bahasa anda. =)

ierayahaya said...

@hans

Hehe Hans.. yang penting apa yang kita tulis mudah difahami.

ierayahaya said...

@Sepi tanpa mimpi Hehe.. terima kasih. rajin-rajin singgah baca ye.

touya said...

Kadang-kadang ada juga guna short form .

ierayahaya said...

@touya

hehe cik iera pun sll gak guna short form. tp kalau sms org tua, selalu gula bahasa melayu betul.

Ms. TaroAthirah said...

aku pun menyampah nak baca artikel yang tulis macam terencat. hoh! kalau sms tu understandable la jugak.

ps: nyampah jugak bila ada blog yang pasang lagu secara automatik. dah tu tak ada butang pause/stop. GAHHHHH!

iskandarzulkarn9 said...

cinta itu kurap,
makin digaru makin sedap....??
betolkah anda..?hehe
nice story~
agree~

ierayahaya said...

@Ms. TaroAthirah hehe~ taro.. aku pun x suka sgt klu tetiba de lagu kuar dr blog. lg2 klu lg jiwang. mau tangkap leleh. sll klu aku view blog org aku off sound. hehe~ tp kdg2 aku sm nek je layan. miahahaha~

ierayahaya said...

@iskandarzulkarn9 hehe~ to me.. cinta ada yg sedap ada yang x sedapp kott... len kali singgah baca lg ye.

Far8 budak baik said...

hahaha..cinta itu kurap
kalau digaru makin sdp..tq..
nk copy ayat ni =P

ierayahaya said...

@Far8 budak baik bila nak copy tu tanda dah baca la tu. have a gud day ye. len kali singgah lg..

Wahida Nasution Thakhrim said...

yea, selalu kena tegur dengan ayah sebab hantar bahasa trengkas kat dia..

jom ambil tag kat AcHiKz HoUz..

ierayahaya said...

@Wahida Nasution Thakhrim hehe.. me too.. sll kalau dengan orang tua ni kena guna full spelling..

Aujinz said...

iyer..
kena akui...


huhuhu..saya juga seorang perosak bahasa.
huhuhu..

tapi tetap taip sms dengan perkataan penuh.

ierayahaya said...

@Aujinz ha.. itula.. but sometimes i did that too la.. mls nak taip pnjg2 jd singkatkan je.. haha~

Post a Comment