Monday, November 29, 2010

Tangan gatal petanda nak dapat hadiah ke?

Posted by | |



Hehe... orang cakap kalau tangan gatal tu petanda kita nak dapat duit. Betul ke? Bila di flash back balik, rupanya dah nak masuk 2 bulan saya convo. Dan dah nak genap 5 bulan saya bekerja di KL ni. Last night ayahanda call. Hehe~ Katanya dia nak bagi hadiah sempena convocation saya hari tu. But he said that i need to go home first. Aishh... bab nak balik ni yang payah. Bukan apa, baki cuti ada lagi 2 hari je untuk tahun ni. Sebenarnya Ayahanda nak suruh celebrate birthday dia la tu.. Hehe~ i know you daddy.

Last time i forgot my mum's birthday. Owhh, teruk betul saya ni. Walaupun saya still wish pada hari tu juga, but that doesn't change the fact yang saya memang lupa. Agak sedikit terlewat wish birthday mama hari tu. Before October memang saya ingat. Bila dah masuk October saya lupa. Time tu rasa bersalah berganda-ganda. Aishh... This time saya tak boleh lupa birthday ayahanda. Busy macam mana pun saya mesti ingat. Alarm dekat phone pun dah pasang in case kalau terlupa ada yang ingatkan.

Kepada anda semua, andai saya terlupa maka ingatkanlah saya. Bukan nak suruh remind pasal birthday ayahanda. Tapi ingatkan saya pada apa jua yang boleh buat saya alpa. Kerana sesungguhnya sebagai manusia, saya tidak lari dari membuat kesilapan.

Ingatkan aku andai aku lupa,
Kerana kadang-kadang aku alpa,
Dalam mengejar kebendaan,
Kerana aku juga manusia biasa.

2 comments:

Wahida Nasution Thakhrim said...

seronoknya dah dapat kerja sebelum konvo.. saya sejak habis dan dah konvo hampir 2 bulan pun masih belum dapat kerja..

ierayahaya said...

Hehe Wahida, rezeki kott.. lg pun tmpt kerja skang nih tmpt buat intern dulu. So kebetulan bl da hbs blaja boss pggl kerja. Jd accept je la. Jgn risau, nnt2 dpt la tu kerja. Selamat mencari ye.

Post a Comment