Sunday, November 28, 2010

Sambil menyelam minum air

Posted by | |

"Bila aku gembira,
Maka aku pun gelak,
Bila aku berbangga,
Jangan sampai aku riak."


Hehe~ orang kata sambil menyelam minum air. Jadi sambil saya buat kerja, saya bermain. Bukan main air, tapi main blog. Ada entry yang bagus-bagus. Diberi nasihat saya angguk. Diberi tutorial, tangan saya pula gatal nak korek-korek blog. Saja nak bagi canggih lagi. Tapi bila dah tukar sana tukar sini, last-last tak jadi. Sebab rasa simple itu lagi bagus.



Ikutkan sebenarnya dah 2 tahun saya ada blog. Tapi kalau tengokkan entry, saya baru start last month. Mana pergi entry sebelum-sebelum ni? Hehe~ semua saya delete. Sebab saya rasa time tu entry saya ntah apa-apa. Plus, ada certain thing yang saya tak nak ingat. Jadi saya delete semuanya. Mula-mula saya rasa berblogging ni biasa je. Maybe sebab time tu response pun biasa-biasa. Saya rasa setiap orang kena ada identiti sendiri. Jadi saya suka start entry saya dengan pantun. Ada yang saya buat sendiri. Ada yang saya cilok ntah sapa-sapa punya.

Tapi dalam saya duk kopi pasta tu, saya sentiasa ingat pesan lecturer saya. Jangan plagiarism karya orang lain. Hehe~ Pesan itu seboleh-bolehnya saya pegang sampai sekarang. What you give is what you get. Bagi saya dalam dunia maya ni pun sama juga. Kalau kita rajin visit, orang akan visit kita balik. Orang kata ziarah menziarahi amalan mulia. Siapa kata dekat dunia je kita boleh menziarah? Di alam maya pun boleh juga.

Saya semakin bersemangat dengan dunia blog bila ada blogger yang berpengalaman sudi bagi kata-kata peransang dekat saya. Sudi tinggalkan komen dan kata-kata peransang. Terima kasih ye. Saya hargai nasihat dari anda. Kepada yang dah sudi mengintip, terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Sesungguhnya masa itu emas dan saya hargai setiap masa anda.

4 comments:

Syafiq Rosli said...

hehe..yerp2..sambil menyelam pun kadang2 terminum jgk..hehe..owh da agak lme jgk eh..:)

ierayahaya said...

syafiq Rosli: yupe da lama. entry dulu dah beratus-ratus. semua kena delete. Hehe~

PutraRocker said...

jgn pndg2..kekeke

ierayahaya said...

PutraRocker: Jgn pndg blakg kott.. hehe~

Post a Comment