Sunday, November 21, 2010

Dewan bedah itu menakutkan.

Posted by | |

Siapa cakap duit tu tak penting? uihhs... duit tersangatlah penting. Tapi jangan sampai sesat kerana duit. Jangan bertuhankan duit. Ada orang cakap duit ni berhantu. Kenapa ye? Sebab ada manusia berpecah belah kerana duit. Ada hubungan terputus disebabkan duit. Dan ada juga manusia buta hati kerana duit. Memang betul, di zaman serba modern dan canggih ni duit tersangatlah penting. Sekarang ni semua benda pun nak kena guna duit. Kahwin pun pakai duit. Ke ada orang kahwin pakai pasir? Lepas kahwin pun hidup makan pasir ke?

Dalam keadaan tertentu, duit sangat diperlukan. Terutamanya dari segi perubatan. Sebab ubat sekarang ni bukannya murah.

Tahukah anda berapa harga satu suntikan diatas? Almost RM1.5K untuk satu suntikan.

Hari ni pagi-pagi lagi saya ikut my dad ke hospital since today my dad ada appointment dengan doktor pakar. Tahukah anda, orang tua mana boleh lasak-lasak. Tapi my dad ni degil orangnya. Umur dah separuh abad tapi still join bermacam-macam tennis competition. Doktor dah larang pun still pergi lagi. Sepatutnya, bila umur dah meningkat, nak bersukan boleh tapi jangan lasak sangat.

Pagi ni, pukul 8 kitorang dah berada di hospital. Sampai-sampai je, kami terus menuju ke bilik bedah. Sambil menunggu doktor pakar ayahanda sampai, kami duduk di ruang legar. Time tu bukan kami sahaja yang berada di situ. Ada beberapa keluarga juga sedang menunggu di sana. Saya nampak muka ayahanda sedikit resah. Tak senang duduk. Saya tahu ayahanda takut kena inject. I ask my dad, "takut ke papa?". My dad just said, "uhh, papa dah tak sabar ni dik nak kena inject. Sebab doktor cakap lepas kena inject lutut papa akan cergas macam orang muda balik".

Nak tahu lebih lanjut tentang penyakit ayahanda? Just click sakit lutut in order to get more info. Lutut ayahanda saya cedera kerana urat 'cruciate' pada lutut putus. So disebabkan urat yang penting tu dah putus, doktor give my dad a few option. Either nak buat operation menggantikan urat yang putus or ambil a few injection. So my dad choose to do injection.

Tengah duduk menunggu doktor pakar sampai, saya lihat ada seorang lelaki resah sekali. Mulut tak putus-putus berdoa. Tangan memegang tasbih. Ada seorang nurse datang mendekati lelaki itu. Kata nurse, "isteri encik selamat. Tapi baby sangat lemah sekali. Kita dah buat operation pada isteri encik untuk mengeluarkan baby. Tapi kita perasan, yang baby encik dah berak dalam perut maknye. Time kami keluarkan baby tu, baby tak menangis. 2 minit kita tunggu baby tak menangis. Jadi kita dah buat macam-macam, tak lama lepas tu baru jantung baby berdenyut. Baby selamat tapi keadaan baby sangat lemah. Tapi isteri encik selamat". Saya nampak lelaki itu mengangguk tanda faham apa yang telah nurse tu sampaikan. Lepas nurse tu selesai explain semua benda dekat lelaki tu, ada a few nurse keluar dari bilik bedah bersama baby dalam incubator. Anak lelaki itu rupanya.

Hehe~ sempat juga saya pasang telinga. Aihh, lambat pula doktor ayahanda ni sampai. Kata pukul 8 dah kena ada dekat depan dewan bedah. Sambil menunggu doktor sampai, saya lihat patient tak putus-putus keluar masuk dewan bedah. Ada juga yang sakit lutut sama macam ayahanda. Ada juga yang kelihatan sangat tenat. Sempat juga saya lihat ada jenazah diusung keluar dari dewan bedah. Honestly berada diluar bilik bedah sangat menakutkan. Although my dad kena injection je, but still perasaan risau itu ada.

4 comments:

hamzah ian said...

skrg ni duit mmg perlu

Unknown said...

Aku rasa macam baca cerpen :p

ierayahaya said...

hamzah ian: yezza.. duit mmg perlu... sekarang mn de org hidup pakai duit daun.. hehe...

ierayahaya said...

taro: kihkihkih... cerpen pun cerpen la.. haha~ janji ko paham.. ;p happy birthday taro.

Post a Comment