Monday, November 15, 2010

Dah disenarai hitam ke?

Posted by | |

Hari ni sempat tonton berita di TV3. Dalam banyak-banyak berita tu ada satu entry yang menarik minat saya. Hehe~ disebabkan saya ni peminjam PTPTN, jadi dah tentu la topik ni menarik minat saya. PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat.

Bila cakap pasal pendidikan ujrah ni, saya antara salah satu pemohon yang apply benda ni. Tapi tak dapat respon lagi since saya pun faham yang peminjam ptptn ni bukannya sikit, tapi ramai. Kalau nak kata sistem ptptn kucar kacir pasal benda ni pun memang logic la kan. Tadi tengok berita duk kecoh ptptn tak update lagi permohonan ujrah ni. Even kalau dah dapat kelulusan, kebanyakkan amount peminjam masih sama. Tak kurang pun. Macam mana tu?

Sebenarnya nak juga tahu details pasal pembiayaan pendidikan ujrah ni. So time tengah nak Google topik ini,saya terjumpa benda lain. Hehe~





Ha, nak tahu adakah nama anda di black list kan oleh PTPTN? Sila semak status anda. Cara nak semak, sila visit link dibawah ini
http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm

Yeay... nama saya tak di black list. So boleh la saya pergi oversea bila-bila. Hehe, berangan betul. Actually sangat teringin nak pergi Beijing tapi mama tak bagi. tapi bila ajak pergi umrah sama-sama nak pula ye. Hehe~



Aihh.. since dah kerja baru bayar banyak tu. Agak-agak bila nak habis bayar ye? Muda-muda tapi hutang dah keliling pinggang. Itulah... dulu masa dekat matrik tak nak belajar rajin-rajin. kalau tak dah boleh apply scholar. The point is... time saya dekat matrik dulu saya tak tahu pun wujudnya scholar bernama JPA, dan lain-lain... Aihhh~

6 comments:

Unknown said...

Ptptn mencekik. Need I to say more?

Nasib gua bayar awal2 dului. Kalau tak kan Mun, kau duk kalut bayar interest ja. Pinjam sikit, bunga aja yang lebih. Haihhh

Unknown said...

nak kene check ni...aku pinjam 1 sem baru bayar sikit je...huhu...

macam mana nak check total yg kene bayar ek?

atie said...

yo..aik..xkan nak display no IC tu kot..hehe..

ierayahaya said...

EdY: check kat sini ha.. kena key in IC no and reference no. kat ne nak tgk ref no, bley tgk kat agreement letter.. http://epay.ptptn.gov.my/loan/penyatasummary.jsp

ierayahaya said...

Taro: hehe.. tuh la dlm agreement aku pinjam rm10600 je. masuk interst da nek bnyk tu..

ierayahaya said...

Atie: display je.. haha..

Post a Comment