Wednesday, November 17, 2010

Boleh tahan juga.

Posted by | |



Uhh, since yesterday saya katakan pada adik saya, Pagi ni kita mesti pergi solat sunat raya dekat masjid rumah kita. Hehe, jadi hari ni pagi-pagi lagi dah bangun. Semangat betul nak pergi ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Yela, walaupun tak balik, ini bukan alasan untuk tidak pergi menunaikan solat sunat raya. Reason:

1) Dahla kali ni tak balik raya, so disebabkan nak ada feel raya, kitorang pergila solat sunat raya kat masjid. Sampai je di masjid, jemaah dah penuh.
2) Ha... sebenarnya kalau papa call and tahu kitorang tak pergi, nanti papa bising. Haha~ takut juga dekat papa ye.
3) Nak tengok ada tak lembu kena tambat dekat-dekat ngan masjid. Maklumlah, hidup di kota ni mana ada lembu. Bayang lembu pun tak pernah nampak. Tapi patung lembu banyak. Maklumlah, rumah dekat dengan kuil. Hehe... on the way nak ke masjid sempat juga snap gambar lembu seekor.

Nak dekat tengah hari, kami ke Bangi. Uihh, apa lagi, pergi beraya la. Sampai-sampai je rumah uncle, fuhh... spaghetti, ketupat, roti jala, saya telan. Hehe, Tak dilupa, di hari raya ini, MR. Rendang ngan Miss Tart Nenas saya pun ada. Sooo yummyy.... Kalau tengok gambar kat atas tu, satu bekas tart nenas tu saya sorang yang makan. Hehe~ favorite betul. Sebenarnya ikut hati, cuti ni nak berehat je dirumah. Dah tu kenapa pergi beraya?

1) Ikatan silaturrahim tu penting. Yang penting jauh di mata dekat di hati. Kalau dah dekat apa salahnya kita ziarah menziarahi. Itukan amalan yang mulia.
2) Sebenarnya kalau tak pergi nanti mama bising. Yela, uncle dah ajak tapi kitorang tak pergi. Nanti kecil hati pula. So daripada end up with nothing at home, kami ke Bangi berjumpa uncle, aunty dan cousins sekalian.
3) Terima kasih sebab hidangkan saya juadah raya yang sedap dan yummy. Siap tapaukan bagi saya bawa balik lagi.

Sampai sahaja di rumah, jiran saya bagi rendang dan lemang. Hehe.. murah rezeki betul hari ni. Semalam dah makan rendang, hari ni makan lagi. Actually, raya kat KL pun ok je. Not that bad.

2 comments:

Post a Comment