Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Cari 40sen dapat rm10

Posted by | | 2 comments


Sometimes sesuatu tu terjadi tanpa kita duga. Sometimes when i think hidup ini membosankan, tiba-tiba ada pula benda menarik happen. Haha... i feel like macam dah kembali ke zaman budak-budak. Kalau buat kerja yang disuruh nanti dapat upah. Today i help my boss find any possible mistake yang menyebabkan account company jadi tak balance. Senang je. Just need to check a few things. So after a while dah jumpa typo tu. Then my boss bagi upah. Haha~ untuk kerja yang senang tu, Okla upah banyak tu. Sebenarnya tak nak pun amik sebab segan. Just nak kena cari missing amount bernilai 40 sen then dapat upah rm10. Ok boss... macam ni hari-hari buat check unbalance account pun sanggup haha~


Tuesday, February 8, 2011

Things getting harder!

Posted by | | 4 comments

Hello readers,

My job this year focusing more on technical part. Sedikit demi sedikit i dah start learn on how to use SQL yog, programming parts and a few other things. Well beralih arah dari kerja yang simple but boring kepada more challenging things is fun. Cabaran tetap ada. Kadang-kadang takut tak tahu nak perform but bila dah belajar rasa macam wow... this is awesome. Sekurang-kurangnya dapat juga mempraktikkan apa yang pernah dipelajari di Uni dulu. Before this rasa macam what the hell that i'm doing! sekarang ni bila job scope dah more to IT, then rasa macam dah lega sedikit. Hehe~ Hopefully i can perform well this year while waiting for another job opportunity. Haha~


Monday, January 24, 2011

Anybody can have a dream. But how many of us really make's our dream becomes reality?

Posted by | | 8 comments

I don't know apa perasaan tak beribu atau berbapa. And sometimes i don't even want to think about that. Terfikir je pun dah boleh buat i nangis. Sebab kedua orang tua ni lah yang i paling sayang. And i believe semua orang pun sama. I sikit pun tak faham orang yang sanggup tinggal their own parent dekat rumah orang tua. Bagi i, sejahat mana or sesakit mana pun, mereka still ibu dan bapa kita. Kalau kita sakit diorang boleh jaga, kenapa selaku anak kita tak boleh nak jaga orang tua kita. Betul tak?

Hari ni i organize a workshop. Consist of 25 peoples dekat Park Royal Hotel. Actually I memang suka buat event dekat Park Royal since every time i negotiate price, i akan dapat yang paling murah. Besides food dekat situ pun is so yummy. Gemuk I. Hehe~ In the middle of event, one of the participant tarik diri. He just arrive this morning from Penang and he need to go back immediately to Terengganu sebab his mum's dah nazak. And sejam lepas tu, we got a news yang mak dia dah meninggal. So, everyone dalam workshop tu pun tumpang bersedih. Tambah sedih bila dia tak ada di sisi his mom's masa mak dia menghembuskan nafas yang terakhir. Tambah sedih bila sepatutnya he receive an award esok, since dia berjaya market his own product and become a real enterpreneur. Tapi kejayaan tu tak dapat dikongsi dengan bonda tersayang. Al-Fatihah~

Actually i organize a Techno workshop. So, tadi semua orang terbaik dalam industri pun ada. Termasuklah creator of Upin and Ipin. Wow, he is so young tapi dah success. Bila i dengar dia punya talk tu, i can actually know yang dia ni memang seorang yang bercita-cita tinggi. Let me quotes a few sentence yang dia mention masa workshop. "Saya belajar animation. Tapi adalah amat rugi kalau saya tak praktik apa yang saya pelajari. Saya juga nampak semua orang suka entertainment. Dan people really need that. Jadi saya dan partner create upin dan ipin. But this is not what we really want. Kita nak buat our own studio". Dia maksudkan dekat sini, dia nak Malaysia punya studio canggih seperti di Hollywood. Dia bukan sahaja nak Malaysia ada 2D or 3D anime. But he want's Malaysia to have our own anime studio.

Anybody can have a dream. But how many of us really make's our dream becomes reality? Dan i juga tertanya-tanya, adakah i ini tergolong di antara orang yang suka berangan ataupun orang yang mahu menukar angan-angan itu menjadi realiti.

Hilang satu!

Posted by | | 2 comments

Aishh, ni yang malas nak attend event. Lagi-lagi kalau kena tinggal seorang diri. Nanti ntah siapa-siapa yang datang. Aishh, pagi-pagi dah kena ngurat. Orang kata kalau tak tidur lepas subuh murah rezeki. Adakah ini yang dipanggil rezeki? Haha~ Do you have a business card? I'm from US. Wow, you have a nice color of your laptop. I'll be at Malaysia for two more days. Maybe if you have time, we can have a cup of coffee". =_="

Terbang satu my business card. Aiseyh... kalau Melayu kita nak la juga kenal-kenal. Haha~ ini Indian. Wahhh! tak nampak ke i yang bertudung ni. Haha~ Esok nak bangun pagi lagi. Mana tahu esok kena ngurat ngan orang Melayu pulak ke. Hehe~ =_="

Sunday, January 23, 2011

Sejarah Kota Makkah

Posted by | | 0 comments

Lately ni banyak habiskan masa dengan menonton Korean series secara online. Then agaknya since asyik online, suddenly broadband slow semacam. Pastu mulalah mengelabah. Tak suka giler saat-saat internet slow macam siput. Since dah macam tu, fokus dialihkan dengan membaca. Currently tengah mencuba untuk menghabiskan buku " MAKKAH al-Mukaramah, kelebihan dan sejarah"

Agaknya kalau Google pun belum tentu akan dapat se detail apa yang ada dalam buku ni. Buku ni di karang oleh DR. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman. Harga buku ni RM30 je. Hehe, i tak beli pun buku ni, Actually buku ni office yang punya. Since i need to do SMS content, jadi kena khatam buku ni. At the same time kena figure out which point yang patut dijadikan content for SMS. Plus, no plagiarism. So pandai-pandailah edit apa-apa yang patut nanti.

Kadang-kadang membaca dan mengenal sejarah Islam itu sendiri pun menarik. Sebab banyak yang boleh dipelajari dan diteladani. Kita belajar melalui sejarah. Yang buruk dijadikan ikhtibar.

Wednesday, January 19, 2011

Kalau dah jodoh tak kemana punya!

Posted by | | 18 comments

Muahaha! I ingat nak minta excuse balik office isnin ni since rasa macam nak buat kerja. But my boss said, "No. You have to stay sampai event habis. Mana tahu ada orang nak jumpa and cakap-cakap dengan you ke. Lagi pun you kan single. They all pun single. Mana tahu tetiba dapat jodoh ke". Aiseyh... dahla my boss cakap in front of other staffs. Mahu tersipu-sipu i malu. Dari duduk tegak terus tertunduk ayu macam siput. While my other office mate dah siap gelak-gelak usik i. Siap cakap ala... Cik Iera boleh kahwin dengan orang tu. Boleh jadi second wifey orang tu. Uhh.. nak usik i konon. Last-last i cakap i tak nak kat semua orang dalam office tu. Haha. Puas hati!

Aiseyh boss, tak yah susah hati fikir pasal jodoh i. I pun tak risau. Siap rileks goyang kaki. Jodoh ni tak kemana. Nanti datang-datang la tu sendiri. Tak payah susah-susah cari. Tak payah susah-susah fikir. Allah know what is best for me. Haha!



Tuesday, January 18, 2011

Meeting sampai pening! Jalan sampai lebam!

Posted by | | 2 comments

Sob sob sob, hari ni pukul 10:30PM baru sampai rumah. Meeting je dah berjam-jam. Last sekali end up habis meeting pukul 8:30PM. Lepas tu kena teman my boss cari barang untuk anak saudara dia. Woah, memang best kalau ada aunty kaya. Sebab my boss ni belikan hadiah untuk anak saudara dia, each item je pun harga dah nak dekat RM100++. Pulak tu setiap kali birthday Anak saudara dia akan dapat 10 items. Hurm... no wonder ada certain orang will be excited kalau ada anak saudara. Sebab boleh shopping barang budak. So since her anak saudara ni baru turn into teenagers, we all pun decide nak beli barang yang dah tak nampak macam kids sangat.


Hurm, yang ni simple but comel. Sesuai untuk teenagers. I suka color pink. But somehow we choose other design.


Hurm, yang ni i suka juga. Haha~ Black and white. Such a perfect match.


Ha... yang ni my kakak suka kott. Sebab color biru. Biru pun cantik juga.


Lepas beli accessories, my boss nak beli jam pula. So we choose pink watch. Aduhh lapar-lapar. Boss jum kita dinner cepat-cepat dan balik. Plus shop pun dah nak close ni.


Okay... this is what i have for dinner. I beli Happy Meal since dah lama i tak beli mainan untuk diri i. Haha~ Okay... sebenarnya saja beli sebab fries and the drink portion is quite small compared dengan set yang lain. Konon nak kurangkan fries addicted. Cewah! Tak leh blah punya reason. Haha. Oh ya, i dapat spiderman.


Uarghhh... so sleepy and tired. Nak mandi dulu. Refresh back my mind so that i can have back my energy. Nak study untuk tomorrow interview lagi.

Anyway, gud nite readers. Have a wonderful dreams!

Bila kepala keluar asap fuhh fuhh!

Posted by | | 8 comments


grrr~ petang ni meeting dengan client pukul 6. What! at 6PM? Gosh... dah tu pukul berapa agaknya hari ni saya sampai ke rumah ye? Dahla semalam pun balik lambat. Fuhh, tak sabar nak tunggu next week since my holiday start minggu depan. Hikhikhik...

Hari ni sempat draw angry face dekat atas je. Ingat nak draw another cuak face since i rasa macam cuak giler. Toworrow ada next interview and i haven't done buat research about that company yet. So far baru sempat print a few things but i haven't got any chance to review and memorize anything yet. Agaknya malam ni pukul berapa ya i tidur?

Anyway readers, have a nice day ya.

Thursday, January 13, 2011

Cuti approved!

Posted by | | 9 comments


Haha~ i paling suka pergi meeting dekat KLCC. Actually boring juga sebab almost every week pun ada meeting dengan client dekat sana. Tapi bab yang digemari bila habis meeting je, i dengan my boss lepak-lepak kejap and window shopping. Sometimes i just teman my boss cari barang dia. Just now is the first time i belanja my boss. Selalu my boss aje yang belanja. Malu i. So this time i pula yang belanja. I just belanja dekat Makcik Anne's je. Sorry boss, you kasi up my salary then next time i belanja lagi gempak dari yang ni. Muahaha!

Ooppss! cuti i selama seminggu hujung bulan ni dah di approve. Yeay!

Tuesday, January 11, 2011

A BIG THANK YOU!

Posted by | | 2 comments

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.



Hati berdaun kembali. Thanks to both of my bosses for all the support given. Terharu giler! And i managed to solve all the problems with some help from my boss. Thank you for the support shown and all the help given. A BIG THANK YOU!

Reference:
http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/

Monday, January 10, 2011

Masa berlari. Tak tunggu walau sedetik!

Posted by | | 8 comments

Wohooo! sampai aje di office terkejut. Asal office kosong hari ni? Pukul 10.30 pun still kosong. Aishh, takkanla kes Ana Rafali menang AJL boss kasi cuti? Tak logic tak logic. Haha~


Masuk-masuk office je ada buku ni atas meja. Harus habiskan baca buku kat atas ni before February. Masalahnya ada masa ke? Currently ada 5 SMS content yang perlu disiapkan. And semuanya kena buat untuk 1 year punya content. Aishh, boleh tepu otak ni membaca dan menggoogle sources. Sekarang ni kena pandai budget masa. Haha. Tapi kalau mata asyik duk menghadap blog, twitter, Fb, Newspaper online and moderate content, agak-agak bila nak siap semua ni?

Sudah-sudahla cik Iera. Pi buat kerja. =_="

Friday, January 7, 2011

Sexy auww auww!

Posted by | | 2 comments

Kenapa suka ambil gambar dengan posisi diambil dari atas dan menampakkan lurah dendam?

Kenapa suka ambil gambar dengan posisi dari bawah sampai menampakkan yang tak sepatutnya?

Kenapa suka ambil gambar dengan posisi menghairahkan without any cloth to cover the body?

Kenapa suka ambil gambar yang ntah apa-apa sambil tengah buat dot dot dot?

Kenapa yang dok dedah sini sana tu kebanyakkannya perempuan?

Kenapa lelaki yang suka jugak nak dedah sana sini itu suka bergaya ala-ala gay?

Kenapa yang banyak buat benda ni semua MELAYU?

Dan tahukan anda yang anda itu beragama ISLAM? Adakah anda mahu ISLAM itu hanya pada kertas?

Aihh, setiap kali menjalankan tugas lembaga penapisan akan berasa kecewa. Cetek sungguh pemikiran orang-orang ini. Tak ada kesedaran sivik lansung. Tak pe lah. Biar saya tolong orang-orang ini berasa malu!

p/s: I'm going to meet creator of Upin and Ipin. Sangat admire orang ni sebab i believe semua pun agree yang Upin and Ipin anime is the best product from our own country.

Thursday, January 6, 2011

Work Life

Posted by | | 4 comments

Hello readers, I am very sure, most of us kalau pergi ke Kuliah atau kerja, we all akan rasa bersemangat di pagi hari. Or maybe energetic. Except on Monday la kot since i selalu je Monday blues. Haha~


So half day setiap hari akan rasa rilex dan momentum kerja berjalan lancar. Pagi-pagi buat milo siap mixed dengan coffee. Nikmat meneguk air di pagi hari.

Tapi bila masuk lepas lunch time, haha.. mesti some of you akan rasa kekenyangan. Then buat kerja pun dah mula rasa-rasa nak malas. Sometimes rasa mengantuk pun ada. Tak pun... Stress sampai kepala yang tak gatal tu habis berdarah-darah sebab kena garu kuat sangat. Haha~ Kalau pakai tudung tu, rasa macam nak tercabut tudung tu.


Ok, actually i'm talking about myself. Bila kerja rasanya sesiapa pun takkan lari dari perasaan macam ni. Betul tak? Alangkan masa study pun ada feel macam ni, bila kerja apatah lagi. Sometimes keep do repeating work sampai nak tertidur. ZzZzZzzzz~

Tuesday, January 4, 2011

My weekly meeting

Posted by | | 8 comments

Haha~ Weekly meeting untuk this week, my name was on the top among all staffs. Kenapa ya? Sebab saya yang paling banyak kerja and my job running semua sekali serentak. Fuhh~ Banyak juga system nak kena support. Ada juga nak kena moderate every day. Nampak gaya hari-hari i tengok nude pictures. Bukan takat tu je. Nude video pun ada sekali. Wahh... tergugat iman ku. Siapa nak join? OK, pictures nak kena tengok sebab kalau tak tengok macam mana nak approve or reject. Video pun macam tu juga. Nak kena tapis yang elok je. Yang seksi maxi semua ditapis. Tapi bagi setiap orang, definasi seksi itu kan lain. Hurm... susah juga ya.


Lepas tu, project i dengan si artis tu pun nak kena proceed juga. Hikhikhik... i was hoping nak jumpa artis ni sebab i minat giler dengan semua lagu dia. Haha~ dulu setakat jumpa his mum jer aka his manager. Harap-harap next time dapat jumpa dengan si artis pula. Hehe~


Sunday, December 26, 2010

Tanah Malaya mesti MENANG!

Posted by | | 0 comments

Hurm... pagi-pagi lagi dah bangun dan mengorak banyak langkah menuju ke ofis. Al-maklumlah, hari jumaat dah cuti. Jadi hari ni ke Ofis untuk mengemas office baru. Semua staff menghadirkan diri. Since saya paling awal sampai, hehe~ saya cuci mata dengan melihat pemandangan KL dari luar tingkap office. Hajat di hati nak ushar Jantan hot-hot. Tapi tak adalah pula... frust juga ya..(dah iera... jangan nak mengarut. =_=")


Then bila semua dah sampai, Semua pun ada tugas masing-masing. Berpegang teguh pada prinsip bekerjasama, maka kami pun cuba mengemas office baru ni secepat mungkin. Tapi nampak gayanya banyak lagi yang harus dilakukan. Esok we all buat rombongan satu office ke IKEA. Hehe~ sama-sama pilih perabot untuk office baru. Tempat duduk awal-awal lagi dah booking. Siapa last kesian... duduklah engkau dekat dengan meja boss. Hehe~ Gambar dekat bawah ni, a few staffs tengah pasang meja. Meja saya adalah antara meja yang paling susah dan lama untuk dipasang. Last-last saya guna meja my boss.. Hehe~


Dah selesai tugas mengemas hari ni, we all pun balik. Esok sambung kemas lagi. So esok tak payah bawa laptop ke office since esok server and wifi office baru pun tak ada lagi. Jadi esok tak payah buat kerja lagi. Hikhik. Tengah on the way balik rumah, fuhhh... punyalah ramai penyokong bola sepak Malaysia berpusu-pusu menuju ke Bukit Jalil. Sempat juga saya curi-curi snap gambar penyokong fanatic bola sepak Malaysia.


MALAYSIA HARUS GAH!!! MALAYSIA BOLEH!!!



Thursday, December 23, 2010

Pindah randah

Posted by | | 4 comments

"Ilmu harus dicari,
Tanpa ilmu jiwa kosong"



Ha... siapa kata kalau dah kerja tak payah baca buku dah? Banyakkan buku didalam office ni. We all akan pindah masuk office baru end of this month. So currently memang keadaan dalam office macam tongkang pecah. Kelam kabut dan berselerak. Tak dapat dibilang berapa banyak buku yang saya dah ikat tadi. Sebenarnya mengikut cadangan sesetengah staff, buku-buku yang dah tak nak pakai nak direcyclekan je. Tapi since buku ni semuanya elok lagi dan mahal juga harganya, maka niat nak recycle tu dibatalkan. Daripada recycle baik sedekah pada library ke. Sayang juga nak buang macam tu je buku-buku ni.


Kotak disana sini. Sampah berselerakkan. Hehe~ since hari ni punya activiti mengemas office je, jadi semua pun memang memberi kerjasama yang baik. Al-maklumlah, daripada buat kerja coding or apa-apa yang mentensionkan, baiklah mengemas office ni. Sekurang-kurangnya sambil mengemas sambil mengusik. Orang buat lawak kita gelak. Kadang-kadang aktiviti macam ni boleh mengeratkan silaturrahim sesama staffs. Daripada asyik duk menghadap laptop buat kerja, kali ni kita bergotong royong.


Sambil mengemas sambil berdiskusi. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Memandangkan keadaan office dah macam ni, esok hari cuti bagi kami. YEAY!!!

Monday, December 20, 2010

scariest thing of being an adult

Posted by | | 0 comments

Right now the most scariest thing of being an adult is when you are unable to control everything. Dulu bila jadi student, semua assignment ada due date. Exams pun dah ditetapkan. Tapi bila dah kerja, dengan workload yang bertimbun plus due date sometimes ada yang tak confirm. Tahu-tahu je esok nak kena hantar. Mula stress sampai tahap maximum. Mula mengelabah tak tentu hala. I hate this feeling.

Wednesday, December 15, 2010

Cinta datang tanpa diduga

Posted by | | 2 comments

I need to do SMS content for Love, Motivation, Fun and sports. Last time i have to do Al-quran content. Need to gather up to 2000 content. Jangan tanya berapa banyak kali saya khatam al-quran sebab buat benda tu. I like it. Hari-hari kena belek quran. Lepas tu search dekat Jakim punya site untuk make sure content sama. Bila dah siap, kena suruh Ustaz view again and approve it. Jangan ingat benda-benda macam ni dipandang ringan. Kualiti itu penting ya. Bila buat content macam ni, sometimes perasaan takut datang bertimpa-timpa. Takut pada balasan dari yang maha Esa.

Pernah juga kena suruh buat sirah nabi. Time tu rasa macam dah hafal semua sirah nabi-nabi. Hari-hari google and kena baca buku. Lepas tu kena summarize and make it as a SMS content. Untuk avoid plagiarism, content kena lain dari sources. Yang penting maksud masih sama cuma olahan ayat ditukar untuk menampakkan kelainan. Bila baca sirah nabi ni, rasa keinsafan datang tanpa diduga. Berbeza sungguh umat dahulu kala dengan sekarang.

So, until saya siapkan tugasan saya kali ini, pastinya mood saya akan berada diawangan. Yela, bila dah baca ayat cintan cintun ni, mulalah mood jiwang-jiwang datang. Sometimes saya akan rasa impress. But sometimes saya akan rasa... ahh, mengarut je. Realiti cinta bukan macam itu. Bila buat motivation quote pula, of course akan rasa diri ini bermotivasi tinggi. tapi sampai bila ya perasaan itu akan kekal?

Cinta datang tanpa diduga,
membuat jiwa merasa bahagia,
Cinta pergi sekelip mata,
Yang tinggal hanyalah prasangka.


Jampi menjampi

Posted by | | 2 comments



Hehe, what can i do bila ada customer call tanya company saya kerja ni ada provide ustaz untuk mengubati penyakit kena jampi. Well, since i'm incharge of customers complaint and services, i will listen to customer punya problems from beginning till the end. Ada masa bila jawab call customer tu, i need to be friendly la kan. Nama pun lagi customer. And ada masa bila customer call and suara pun serious semacam je, then i need to respond in a serious way sebagai tanda saya amat menitik beratkan problem diorang ni.

Sometimes, bila jawab phone call customer ni kelakar juga ya. You know why? Hehe~ kadang-kadang ada customer yang suka guna they own loghat. Haha~ yang ni memang tak faham. Sometimes pekat giler macam kicap. Dahla pekat, laju pula tu bila bercakap. Aisshhh, yang ni memang kena suruh diorang slow speed dulu. Then dah faham baru give solution to them.

Kadang-kadang, bila yang call tu orang tua, hehe~ yang ni kena sopan santun giler. sebagai tanda menghormati orang tua. Dan satu lagi, manala tahu, kalau dah sopan boleh masuk jadi calon menantu ke. Haha~ Bukan apa, orang tua ni, most of them buta IT. So, nak kena ajar diorang lagi. Sometimes, when we provide services like SMS content, golongan macam ni bukan tahu pun nak subscribe macammana. So nak kena ajar mereka ni satu persatu. "Ok, mula-mula, pakcik type dekat message pakcik ON Solat lepas tu hantar ke 22558. Kalau pakcik nak stop, pakcik just type STOP SOLAT".

Lagi kelakar kalau, yang call tu suka mengarut and tanya bukan-bukan. Like today, i've received a call from someone. Suara seperti mamat Indo. Katanya, dia nampak our company service dekat iklan mana ntah or maybe TV. Since we provide Solat times service dalam one of our SMS content, jadi dia ni ingat kitorang provide la juga ustaz. So mamat ni pun ceritala, ada kawan dia ni kena jampi. Then dia nak tolong pulihkan kawan dia ni. Okay... time tu memang nak gelak tapi tahan je. Not to say yang time tu satu office dah gelak since panggilan hari ni agak weird juga. Bila customer dah habis cerita, i need to apologize and explain back yang ini bukan pusat nak pulihkan orang kena jampi. But this is a software company.

Hehe~ macam-macam juga ya ragam orang ni. Sometimes this kind of people boleh buat saya happy. Yela, biasanya yang pelik itu yang kelakar. Bukan ke?

Thursday, December 9, 2010

Saya kenang jasa mereka ini.

Posted by | | 2 comments

Jangan marah, kalau tidak segala urat darah akan timbul di wajah anda. Mahukah anda punya rupa seperti dibawah?



Wahh,life is so hectic today. Meeting di KLCC. Berjumpa dengan client yang superb dari segi knowledge. Full with sense of humor. Lagak juga seperti seorang bapa. Sangat dihormati mungkin kerana usianya yang sudah hampir separuh abad. Selesai sahaja meeting saya sempat lagi window shopping dengan boss di KLCC. Ramai sungguh rakyat jelata yang suka melepak di KLCC. Hari ini tiada tension pada wajah. Mungkin kerana hari ini banyak bergurau senda bersama boss dan staff yang lain. Walaupun dihurung kesibukkan, kerja hari ini berjalan lancar dan sempurna.

Pagi tadi sempat juga ke Uni since my Uni ada organize ASEAN programming competition. Hajat di hati mahu berjumpa lecturer yang didatangkan khas dari tanah sahara Saudi. Sebenarnya bekas lecturer saya. Malangnya hajat tadi tidak kesampaian memandangkan saya kesuntukkan masa. Jadi barangkali esok ke Uni lagi untuk menunaikan hajat. Sempat juga bertegur sapa dengan rakan dari Singapore. Saya kenal rakan saya ini last two years dalam competition yang sama. Dari perkenalan, kami berhubung juga menerusi Facebook. Dan kedatangan dia itu saya sambut baik memandangkan dia ini banyak menolong saya menyelesaikan project coding during my final year project. Memandangkan dia disini sekejap dan nak shopping pun tak sempat, saya dahului dengan hadiah sebagai tanda terima kasih tak terhingga saya. Jasamu kukenang.

p/s: Weekend ini harus ke JOM HEBOH di Bukit Jalil. Harus pergi kerana ada tugas disana. Siapa nak ikut pergi jom heboh? Dan weekend ini juga harus bekerja. Harus lagi monitor websites MMS content.