Showing posts with label Sudah Nasib. Show all posts
Showing posts with label Sudah Nasib. Show all posts

Monday, February 7, 2011

16 Hours!

Posted by | | 4 comments


YES! 16 hours i duduk senyap-senyap dalam bas. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa 16 jam. WOAH! double hour dari yang sepatutnya. Inilah ragam kalau dah cuti di musim perayaan. Traffic start dari Kelantan hinggalah ke tol Gombak. Waduh... Cik Iera, next time kalau dah musim perayaan tu ko naik aje flight. Tak kiralah kalau flight ticket tu mahal ke. Rembat ajelah next time. =_="

My adik kat sebelah dah merengek kelaparan. Everytime bus stop dekat R&R pasti toilet full. Bukan setakat full, orang siap beratur sampai ke luar. Panjang giler. Kalau rasa nak pergi toilet sure tak jadi sebab malas nak beratur. Lain kali kalau cuti musim perayaan better naik flight. Jimat masa dan tenaga. Mahal pun tak apa. Janji cepat sampai ke destinasi yang dituju.

Thursday, December 30, 2010

Semput okeh!

Posted by | | 2 comments

Owh.. adakah ini sindrom umur makin meningkat? Bravo to me... haha~ Hari ni konon nak balik awal. Dah sampai office on time pagi tadi. Jadi nak balik pun kenalah ontime. Sebenarnya memang kena balik awal since i'm the one yang ada house key. My adik punya key dah diterbangkan ke Kelantan oleh my kakak. Jadi tepat 5.30PM saya melangkah dengan bergayanya menapak balik ke rumah. Siap buat catwalk lagi you. Haha~ (Tak boleh imagine catwalk sambil kejar train).

Dah sampai depan pintu rumah... Owhhh, menarik sungguh hidup saya hari ini. I've left house key accidently dekat office. Fuhh... mulalah cuak. Call office mate nak figure out siapa lagi yang ada dekat office. Lucky to me sebab ada a few office mate still dekat office. Nak patah balik naik lrt sampai ke office dah malas dah. Penat tau... So senang je. Tahan taxi...

Okay.. dapat apek taxi orang kelantan. Cantekk.. jum kita sembang apek. Jalan jem giler. Macam-macam topik kitorang bualkan. Baik dari segi kerjaya, sampaikan bola sepak pun we all bualkan. Saja nak sejukkan hati yang tengah panas. Haha~ What kind of mistakela yang saya dah buat. Kan dah susahkan diri sendiri. Obviously bayar cab tadi pun dah habis banyak. But who cares. Dari kena tido kat luar rumah malam ni.

Aihh... Apek taxi friendly giler. Muka awet muda. Serious okay. Apek tu suruh saya teka berapa umur dia. I said around 40-55. Tapi umur apek tu sebenarnya 65 ok. Wahh... seriously memang tak nampak tua. Still bertenaga dan awet muda. Hehe~ sempat lagi korek petua awet muda dari apek taxi. He just said to me... hidup mesti mau happy. Kena banyak hang out dengan kawan-kawan. Janji happy. Jamu ke pil ke itu semua sampingan. Yang penting hati mesti happy ma...

Okay apek. Demi untuk nampak awet muda sekarang ni hari-hari saya mahu senyum sampai ke telinga. Hehehe~

Wednesday, December 22, 2010

Red eye

Posted by | | 0 comments

Since malam tadi mata merah. Jadi pagi ni tak pakai lens. Kang nanti jadi lagi teruk pula. Selalunya kalau mata merah, papa cakap sebab intai orang mandi. Tapi since saya berdua je dengan my adik dirumah, takkanla saya nak intai my adik mandi. Aih, baik intai Orlando Bloom. Best juga. Hehe~ (Ok Iera, ko jangan nak mengarut. =_=")


Jadi hari ni pakai cermin mata sepanjang hari. Cehh, budget kalau pakai cermin mata dapat hilangkan kesan merah tu. Lainla kalau pakai sun glasses memang orang takkan perasan.

Tips elak mata merah:
1)Jangan gosok mata terlalu kuat. Pastikan tangan bersih ketika menyentuh mata. Penting untuk mengelakkan jangkitan kuman.
2) Kalau dah pakai lens tu, jangan lupa tukar setiap bulan atau mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

p/s: Sebenarnya baru teringat dah nak dua bulan pakai lens sama. Lupa nak tukar yang baru. =_="

Wednesday, December 15, 2010

Sudah nasib jadi begini

Posted by | | 2 comments


Kalau dah terjatuhkan ubat gigi dalam lubang toilet, are you still going to take it or not? Tak ambil nanti toilet tersumbat. Nak ambil geli tahap cipan. Semalam saya euwwwww somebody and do i have to eeeuuuwwwww my self sekarang?

Papa is gonna come next week and he said he wants me to cook for him. Gulpppp~

Saturday, November 6, 2010

Sudah jatuh ditimpa tangga

Posted by | | 0 comments

"Unggas undah si raja burung,
Terbang ke desa suka menanti,
Wahai badan apalah untung,
Senantiasa bersusah hati."


Apa kena mengena pantun nasib di atas dengan entry "Sudah jatuh ditimpa tangga?" Ha... Untuk keterangan lebih lanjut, layankan gambar dibawah ini ye.










Rumah jiran saya terbakar. Actually tak ada la jiran sangat sebab rumah orang ni just next blok je dari blok rumah saya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Yesterday baru celebrate Deepavali but today rumah pula terbakar. Masa kejadian dan punca masih disiasat. Berita melaporkan dari blog Iera Yahaya. (ngee~ tak dapat baca berita dekat TV3, dekat blog pun jadi la.. hehe...)