Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Boleh tahan juga.

Posted by | | 2 comments



Uhh, since yesterday saya katakan pada adik saya, Pagi ni kita mesti pergi solat sunat raya dekat masjid rumah kita. Hehe, jadi hari ni pagi-pagi lagi dah bangun. Semangat betul nak pergi ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Yela, walaupun tak balik, ini bukan alasan untuk tidak pergi menunaikan solat sunat raya. Reason:

1) Dahla kali ni tak balik raya, so disebabkan nak ada feel raya, kitorang pergila solat sunat raya kat masjid. Sampai je di masjid, jemaah dah penuh.
2) Ha... sebenarnya kalau papa call and tahu kitorang tak pergi, nanti papa bising. Haha~ takut juga dekat papa ye.
3) Nak tengok ada tak lembu kena tambat dekat-dekat ngan masjid. Maklumlah, hidup di kota ni mana ada lembu. Bayang lembu pun tak pernah nampak. Tapi patung lembu banyak. Maklumlah, rumah dekat dengan kuil. Hehe... on the way nak ke masjid sempat juga snap gambar lembu seekor.

Nak dekat tengah hari, kami ke Bangi. Uihh, apa lagi, pergi beraya la. Sampai-sampai je rumah uncle, fuhh... spaghetti, ketupat, roti jala, saya telan. Hehe, Tak dilupa, di hari raya ini, MR. Rendang ngan Miss Tart Nenas saya pun ada. Sooo yummyy.... Kalau tengok gambar kat atas tu, satu bekas tart nenas tu saya sorang yang makan. Hehe~ favorite betul. Sebenarnya ikut hati, cuti ni nak berehat je dirumah. Dah tu kenapa pergi beraya?

1) Ikatan silaturrahim tu penting. Yang penting jauh di mata dekat di hati. Kalau dah dekat apa salahnya kita ziarah menziarahi. Itukan amalan yang mulia.
2) Sebenarnya kalau tak pergi nanti mama bising. Yela, uncle dah ajak tapi kitorang tak pergi. Nanti kecil hati pula. So daripada end up with nothing at home, kami ke Bangi berjumpa uncle, aunty dan cousins sekalian.
3) Terima kasih sebab hidangkan saya juadah raya yang sedap dan yummy. Siap tapaukan bagi saya bawa balik lagi.

Sampai sahaja di rumah, jiran saya bagi rendang dan lemang. Hehe.. murah rezeki betul hari ni. Semalam dah makan rendang, hari ni makan lagi. Actually, raya kat KL pun ok je. Not that bad.

Tuesday, November 16, 2010

Kenapa time ni baru nak sebak?

Posted by | | 3 comments

Saat umat islam sedang bergembira menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha, Pastinya ada insan lain yang sedang berduka nestapa. Siapa lagi kalau bukan cik empunya blog ni. Sobsobsob... sedih you olz sebab this year saya tak dapat sambut raya di kampung halaman.

Hati mula sebak selepas menunaikan solat maghrib. Lepas siap solat, saya call rumah bertanya khabar adik-adik. Adik bongsu tanya pada saya, kenapa tak balik rumah berjumpa dia. Katanya ingin jumpa sebelum peperiksaan SPM bermula next week. Kata saya pada dia, cuti this year dah habis. Sebab tu tak dapat balik. Sambil pujuk diri sendiri, saya katakan padanya yang saya sentiasa mengingati dia dan setiap hari saya berdoa agar dia dapat jawab soalan SPM dengan success sekali. He said back to me, terima kasih sebab doakan dia. Terharu katanya. I just laugh at him at the moment dia katakan pada saya yang dia terharu. Tapi dalam duk gelak tu, ada duka di sudut hati. Sebenarnya kecewa sebab saya tahu dia harapkan kepulangan saya. Setiap kali dia sms atau call, dia akan bertanya pada saya, bila nak cuti? kalau dia cuti, sempat ke jumpa? The only answer that i can gave to him is, bukannya saya tak nak jumpa, tapi cuti tak ada.

Iye dia adik bongsu saya. Right now study dekat MRSM Kuantan. Kadang-kadang seperti dia tahu saat-saat saya sedang berduka. Pasti dia akan hantar sms pada saya bertanya adakah saya ok? sihat ke? Hehe~ saat hati sedang goyah tatkala putus cinta dulu, saya cerita pada dia yang saya sedih sangat. Dia tanya pada saya kenapa bersedih? Lepas dicerita semuanya dia katakan pada saya, selalu baca Al-quran. Hehe~ time tu saya tak sangka jawapan macam itu yang akan keluar dari mulut adik saya. Sebab saya selalu lihat dia kecil di mata saya. Seperti seseorang yang perlu dilindungi. When he gave me that kind of answer, saya sedar, adik saya ini dah besar rupanya.

Bila saya dah kerja, setiap kali saya call dia tanya khabar, pasti dihujung perbualan saya tanya pada dia, duit ada ke? kalau tak ada saya nak bagi. Dan setiap kali soalan itu dilontarkan, dia akan jawab duit ada lagi. Sampai suatu masa saya tanya pada dia, kenapa every time saya nak bagi duit dia tak nak. Hehe~ kata dia, dia takut saya tak cukup makan bila duduk kat KL ni... haha~ Saat ini saya tahu, sepertinya adik saya yang sedang menjaga saya. Bukan saya yang menjaga dia. Semoga dia dapat menjawab soalan SPM dengan baik dan success sekali. Semoga dipermudahkan segala urusan exam dia.

Tadi sempat juga bercakap dengan adik saya yang kembar. Tengah cuti semester katanya. Papa dan mama pula tak ada dirumah. Ke surau kata mereka. Sebenarnya kalau papa dan mama ada, i don't think that i can speak. Saat hati tengah sebak ni, bila-bila masa boleh nangis. Hehe... Aishh.. ni baru duduk dekat KL. Belum berada di Antartika ke, London ke, Sabah ke. Hehe~

Walau jauh mana saya berada, pesan ayahanda dan bonda sentiasa saya pegang. Pesan mereka, "Jadilah anak yang sentiasa menghormati agama. Solat jangan dilupa. Walau apa yang dilakukan, berpegang teguhla pada Islam. Jadilah seorang Muslim yang baik". Kata-kata ini ayahanda pesan pada saya saat saya menerima perlawaan untuk bekerja di KL. Bonda pula sentiasa berpesan agar saya menjaga diri dengan baik sekali. Kata-kata ayahanda dan bonda itu sentiasa saya pegang sampai sekarang.

Seikhlas hati memohon maaf kepada bonda dan ayahanda kerana tahun ini tidak dapat menyambut raya bersama. Kepada seluruh umat Islam, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sedang enak makan daging korban, Ingat-ingat juga pada yang diperantauan.