Showing posts with label Notes. Show all posts
Showing posts with label Notes. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

2012

Posted by | | 0 comments

Kepada warga internet seluruh dunia.

Happy new year. Azam 2011 tercapai satu. Satu lagi will continue this year while the other satu lagi azam baru tercapai half. Perghh.. boleh plak main sambung-sambung azam... 2012, Semoga Allah permudahkan segala perancangan. Semoga rezeki sentiasa murah dan diberkati.

Insyaallah, 2012 tahun bertukar kerjaya, tahun bertukar pangkat dari biasa-biasa kepada seorang makcik. InsyaAllah by April bakal punya seorang anak saudara. The whole family sangat excited dan tak sabar nak menyambut orang baru. Terlalu banyak perancangan untuk 2012 tapi iya... kita merancang dan Allah yang memperkenankan segalanya. Mohon di beri petunjuk dan hidayah sentiasa.

regards,

Wednesday, December 21, 2011

Pernah kena tilik nasib?

Posted by | | 4 comments

Papa saya sangat cool! sometimes bila saya call papa and time tu his having a meeting, he will hold kejap dia punya meeting untuk bercakap dengan saya. Especially kalau time tu saya dalam mood untuk meluahkan perasaan. Yes... papa tempat saya meluahkan perasaan. Tapi kalau time tu tengah meeting i have to bercakap macam bullet train sebab time is soooo limited. Last last end up dalam keadaan semput sebab bercakap laju sangat.

Sometimes saya confuse. Especially when i attend a seminar or having a networking session with corporate people. Sometimes ada certain orang can guest saya berasal dari which state. Adakah di dahi saya sudah tertulis from which state i'm coming from? Last time ada seorang makcik menilik tentang sifat saya melalui tarikh lahir. Sebagai orang Islam, tak sepatutnya kita percaya benda-benda macam ni but... this is awesome. haha~ Siap tilik kalau saya couple dengan orang tu boleh ngam ke tidak. LOL this is funny. Also siap menilik adakah saya dan boss ngam ke tidak.

One thing that i learn, kalau ada corporate event or conference... rajinkan diri untuk menghadiri majlis seperti itu. Selain boleh meluaskan our own network, kita boleh get to know other people businesses.

regards,

Friday, December 16, 2011

Shall we rest?

Posted by | | 0 comments

Have you ever, rasa macam apa yang cover buku dekat bawah ni tulis? well sometimes i do have this kind of feelings. Tetiba balik dari office rasa macam penat sangat. Padahal bila fikir-fikir balik berlambak lagi orang dekat luar sana yang habis working hours lagi lambat dari saya. Ada certain tu every day pun sampai rumah nak dekat mid night... kesian!


Well... kepada semua yang dah penat bekerja, i guess weekend memang merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu. Time ni lah nak plan ke sana ke mari dengan family and friends. So... Happy weekend semua. Enjoy your life and don't forget to smile.

regards,

Wednesday, December 14, 2011

From a daughter to her beloved daddy.

Posted by | | 0 comments

To my beloved papa,

Dari umur saya satu saat sehinggalah dah nak masuk 26 tahun, sikit pun saya tak kurang kasih sayang seorang ayah. So papa paling hebat di dunia ni.

Semakin saya meningkat dewasa saya sedar saya kuat membebel. Asal saya susah hati saya membebel. For sure bila rasa nak membebel saya cari papa dulu. Sebab papa akan dengar bebelan saya sampai habis and at the end you will give me lots of advice. Paling kurang pun mesti advice saya supaya saya sentiasa bersabar. But you know... because of this papa sangat cool.

Papa, walaupun papa di pantai timur dan saya di ibu kota, if anything happen to me or suddenly on that day i have like sad sad feelings, mesti suddenly papa akan sms saya cakap tadaa... papa dah dekat KL. Sometimes saya rasa papa macam ada magic. Dan magic papa buat saya happy. Therefore you are great!

I just want to let you know...You are always number one in my heart dan paling handsome di hati saya. Happy birthday yang ke-54 to my beloved papa. Semoga sentiasa sihat walafiat hendaknya, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. Sebagai anak saya doakan yang terbaik untuk kedua mama dan papa.

With love,

Monday, December 12, 2011

Karya Hlovate

Posted by | | 2 comments

No matter how you say it.
No matter when and where.
No matter what.
Doa itu wireless.
Dan coverage dia masuk satu universe
- Hlovate.


This morning i wake up very early. Then nak siap-siap pergi kerja macam terlalu awal. Jadi decide nak habiskan baca novel karya Hlovate. Boleh pula lupa the title of the novel. Tapi to be honest banyak sentence yang sangat menarik where by kalau baca sekali rasa nak ulang banyak kali sentence tu. This is the first novel melayu yang saya baca setelah bertahun-tahun meninggalkan hobi ni. Bukan apa, dulu kalau baca novel the story is lebih kurang sama. Plus bak kata papa, "baik baca buku agama dari baca novel".

My first perception bila tengok novel Hlovate is... ahh mesti karya lebih kurang sama dengan yang lain. But on that time i decide untuk baca je since buku ilmiah yang saya tengah baca dah hilang entah ke mana. Tak sangka buku Hlovate ni ada diselitkan tentang pencarian agama. So yes... my perception tentang Hlovate dah bertukar 360 degree. That's why people always said... "Don't judge a book by it's cover".

Apa itu baik? Macammana nak jadi baik? Ahh Hlovate buat minda saya berlegar-legar dengan soalan-soalan seperti ini. Kalau ikut definition Hhlovate, quran dan rujukan dari buku Harun Yahya... nampak gayanya saya memang tak cukup baik.


p/s: Tak tahu apa yang orang Romania cari dalam blog ni. LOL~


Tuesday, December 6, 2011

How to handle stubborn people?

Posted by | | 0 comments

Stubborn atau dalam Bahasa Melayu dipanggil 'Degil'. Apa itu sifat degil? Samakah makna degil dengan peribahasa Hati Batu? (Actually nak provide pada viewers the actual meaning of degil in malay term tapi malas nak Google. Sila cari sendiri). Akan tetapi... dalam erti kata yang lain, degil itu sifat dimana orang tu refuse to change his mind about any idea or action that he is about to take. Dahla macamtu, orang degil ni juga selalunya refuse to give a clear explanation or reason for his resistance.


Kenapa some people degil/stubborn?

1) Ha, orang macam ni selalu budget pendapat dia je la betul. Apa orang lain cakap semua tak betul cehh~~~ kesimpulannya orang macam ini akan mempertahankan idea dia tu dengan bersungguh-sungguh.
2) Sometimes they feel like people asyik nak ambil kesempatan atas idea yang diberi.
3) Mungkin juga orang macam ini ada secret yang dia tak boleh reveal. Pendek kata ada agenda tersendirilah.

Stubborn people can really cut off all means of negotiation and that’s why knowing if a person is stubborn or not before talking to him can be very useful.

How to deal with stubborn people?
1) Jangan memaksa. Be flexible.
2) Try to understand the reason kenapa orang itu bersifat degil sangat nak mempertahankan idea dia tu. Encourage him to speak honestly because after all, he may have a point.
3) Every now and then make him feel that you are taking his opinions into consideration.

p/s: Hamka kereta mayat cakap orang yang degil ni layak dilenyek buat begedil je. LOL~

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah.

Posted by | | 0 comments

Memang tak pernah terfikir akan lencun dek hujan. 30 minutes walk from home and arrive at the park. Baru satu round jogging dah hujan. Bukan renyai-renyai. Lebat terus... Fuhh memang satu badan basah. Nak balik pun jauh lagi perjalanan. Last-last lepak bawak pondok dengan Bangla. Nasib baik tak keseorangan. Tapi bila fikir balik, woah... dah lama tak mandi hujan. Best juga... Agak-agak hujan dah stop terus decide nak balik. But on the way balik jumpa plak ICE ROOM. Apa lagi, pekena Mango ice cream, and at the same time sharing some chicken chop and Nasi lemak. The point is... tak guna jogging kalau lepas tu pekena macam-macam. LOL~



Pesanan Penaja Blog: Salam Maal Hijrah untuk semua Muslimin dan Muslimat. Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan.

Friday, March 4, 2011

What will you do when you feel so stress?

Posted by | | 3 comments

Peace upon u readers,

Mata diberi untuk memerhati. Tatkala sedang busy bekerja, ada mata memerhati. Bila keluar office siap cakap you are so serious today. Haha... mana tak serious. Kadang-kadang bila kena buat kerja yang dirasakan susah, maka fokus akan diberikan kepada kerja tersebut. Sampaikan tak sedar the whole office actually tengah discuss about gaming. WHAT!!! diorang main game tak ajak i. Haha~ Once i finish my work then i will copy the game from you guys.

Tapi sometimes bila i rilex while surfing the internet and do some social networking, mereka pula yang busy. Sebenarnya, masing-masing ada task yang perlu dselesaikan. Feel so lucky sebab sometimes bila i tak tahu nak buat certain task ada yang sudi membantu. Bila dah jadi macam ni, for sure i will think that... ala, banyak lagi benda tak tahu nak buat.

I don't know about others, but everytime i feel so stress, i will call my parent. Sebab rasa macam kalau dah dengar their voice pun dah cukup untuk reducekan my stress level. Maybe because my dad jenis yang suka melawak and at the same time akan bagi i lots of advice. How about you? What will you do when you feel so stress?

Sunday, February 20, 2011

Nasib tak pengsan. Kelam kabut je...

Posted by | | 0 comments

Tangan ligat menukar code. Menghirup kopi sambil sesekali memakan pasta. Okay... copy paste dalam istilah Inggeris. Saat ini sedang menunggu ketibaan ayahanda. Sekitar jam 8 ayahanda beri message. Katanya sedang on the way ke rumah. Mahu terbeliak biji mata tatkala membaca message dari ayahanda. Iyalah, siap pesan suruh masak sedap-sedap sedangkan hakikatnya hari ini dinner hanyalah roti dimakan dengan sosej dan nugget. Ayahanda ku ini tidak punya selera kebaratan. Nasi tetap di hatinya. Hehe~

Ligat memikirkan nak masak apa ya. Dalam peti ais memang tak ada barang mentah. Dah lama tidak memasak. Last-last masak nasi dan bergegas ke kedai mamak terdekat. Ikan kembung tiga rasa, sayur kailan ikan masin, paprik seafood dan ayam tandoori. After half and hour siap. Aish, bila orang tua sendiri datang ke rumah mesti kena hidang sesuatu. Kalau tak masak pun beli. Janji ada makanan untuk dihidang. Kelam kabut juga. Nasib rumah memang sudah siap sedia kemas.

On the way back ke rumah, hampir pula tergelincir. Kelam kabut punya pasal. Last-last ditegur si adik, ish hang ni... ni baru parent sendiri. Belum lagi mak mertua yang datang ke rumah. Iya juga ya... agaknya kalau mak mertua yang message bukan setakat terbeliak. Agaknya pengsan terus. Aishh ayahanda ini datang mengejut. Tidak pula diberitahu awal-awal. Mahu spot check ke apa? haha~

Dah sampai ke rumah rileks depan TV layan uji bakat mentor. Memang lawak peserta uji bakat ni. Sesekali tergelak melayan kerenah mereka. Time iklan mata tertancap kembali di skrin laptop. Sesekali sempat juga menjeling kembali ke kaca TV. Owh.. gelakkan orang ya. Dahla gelak, siap kutuk diorang cakap suara tak sedap la, itula, inila. Tengah mengutuk tiba-tiba terfikir, macam suara sendiri sedap. Ntah-ntah sama saja. Kembali beristigfar. Tersedar diri sudah buat salah.

Selamat malam readers.

Jangan bawa kerja balik rumah. Tapi...

Posted by | | 4 comments

Weekend ni tekun menyiapkan coding sambil menapis segala content. Sedang berkira-kira mengejar dateline yang diberikan. Sedang asyik bekerja ahh... boleh pula terfikir, kerja ada dateline. Hidup juga ada dateline. Cuma kita tahu dateline kerja kita tetapi kita tidak tahu dateline untuk hidup kita. Pukul 3 pagi masih dihadapan laptop dan tiba-tiba laptop mati. Ahh, ini mesti laptop teroff sebab panas sangat. Machine juga punya limit. Seperti manusia. Okay... ni nak suruh tidur la ni. Fuiyoo... Cik Iera buat kerja sampai pukul 3 pagi. Haha... apa korang ingat saya rajin nak buat kerja sampai pukul 3 pagi? Haha... manusia juga perlu entertainment. Mestilah sebelum tu bersuka ria melayan series kegemaran kemudian baru tergerak hati ingin menyambung kerja yang diberikan.

Wednesday, February 16, 2011

Healthy diet needed!

Posted by | | 8 comments


Oh mai... since dah rasa macam tak boleh blah, balik kerja je terus singgah Watson. Dengan harapan ada jual weight scale. YES!! i'm looking for a weight scale since part dekat perut dah rasa lain giler. Sangat tak selesa. Bila dah jadi macam tu, haha maksudnya i dah gain some weight la tu. I ingatkan sikit je. Sampai rumah terus timbang my body weight. Mak aihh, nak pengsan bila tengok my current weight. Due to i attend a few event yang the food is so YUMMY and since last few weeks i balik rumah and mama punya masakan sangat YUMMY, i dah gain like 3-4 KG from my usual weight. Kalau nak gemuk ni senang je. Makan sikit dah naik. Tapi kalau nak kurangkan weight, fuhh punyalah susah. Ok Iera, it's time for you to reduce pengambilan snacks,sugar and fast food.

Tuesday, February 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Posted by | | 2 comments

Hye Readers,

Salam Maulidur Rasul untuk seluruh ummat Islam. Kalau bangun pagi-pagi, most of the TV siarkan ceramah agama sempena sambutan maulidur rasul. Bagus juga ya pagi-pagi ada program ilmiah daripada cerita hantu ataupun cerita yang ntah apa-apa.

Sempena Maulidur Rasul ini marilah kita melipatgandakan usaha dan ikhtiar agar segala masalah dapat diselesaikan. Tanggungjawab kita ialah untuk berdoa dan menghindarkan diri kita daripada sikap-sikap negatif. Yang penting, kita menggunakan peluang yang ada untuk terus mempertingkatkan daya kreativiti kita untuk memajukan agama, bangsa dan negara kita.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Wednesday, February 9, 2011

When non Muslims talk about valentine's day!

Posted by | | 5 comments


Wow... when non Muslims trying to determined what is good for Islam. Trying to change the word haram into a nicer word. As we all know that celebration of Valentines day is HARAM. Not just haram but it's forbidden. I'm doing some research about some article of valentines and yet i found something which is interesting. Again i found a blog in which the owner trying to condemn back about what one of our famous Ustazah said about why valentines is haram in Islam.
lukey

For those who still not understand why Muslims is forbidden to celebrate Valentines, please click on this link in order to know more details.

We ask Allah to protect the Muslims from the harm of temptations and from the evil of their own selves and the plots of their enemies, for He is the All-hearing Who answers prayers. May Allah send blessings upon His slave and Messenger Muhammad, and upon all his family and companions.

sources:
1) http://www.missionislam.com/knowledge/valentinesday.htm
2)http://sharingknowledgeofislam.blogspot.com/2010/01/celebrating-valentines-day-haraam-so.html

Saturday, February 5, 2011

Kuih tradisi

Posted by | | 8 comments


Hello readers,

Ha.. yang kat atas ni makanan tradisi rakyat Kelantan. Yang bulat tu panggil buah tanjung. Yang putih tu dipanggil tahi itik dan yang serabut tu dipanggil jala emas. Tak tahu kenapa nama kuih muih tu pelik tapi bila makan memang rasa dia so yummy. Dah la susah nak dapat. Time puasa memang berlambak kat bazaar ramadhan. tapi kalau hari biasa if nak makan kena tempah dulu. Tapi memang sedap eventhough nama kuih muih ni pelik semacam. I just tahu satu je.. kuih yang warna kuning ni fully pakai kuning telur.. info yang lain... erm... tak tahu pulak. I tahu makan je. haha~



Thursday, February 3, 2011

Xin nian kuai le!

Posted by | | 0 comments



According to Chinese calendar, rabbit symbolizes qualities such as:
mildness, kindness, friendliness and purity.
So this year is supposed to be a peaceful and warm year.

Wishing everyone a Happy and Prosperous Chinese New Year.
Gong Xi Fa Chai!
Xin nian kuai le!


Monday, January 17, 2011

Ajarkan aku caranya!

Posted by | | 4 comments

Hai readers,

Woah... saya tak tahu macammana orang lain boleh ada masa post banyak entry setiap hari. Lagi-lagi kalau dah kerja. Dulu rajin juga update sampai 3 entry. Tapi dek kekangan masa yang sentiasa jeles tak tentu hala. Fuhh... sekarang ni dah dikira bagus kalau dapat post hatta satu entry. Janji update. Traffic memang merundum jatuh ibarat tahi cicak jatuh ke lantai (Korang pernah tengok tahi cicak jatuh ke lantai?).

Nak berblog walking pun tak sempat. So last time i ask my kawan, how to read semua entry dengan cepat? Then she said use Google Reader. Lol, agaknya saya sorang je kot yang ketinggalan bab Google Reader ni. Jadi sekarang ni saya pakai Google Reader. Jadi sempat la juga tinggalkan barang satu atau dua comment. Hehe~


Gud nite readers. Have a sweet dreams!

Cara lama...

Posted by | | 12 comments


Hello readers,
Agaknya dulu mesti abang-abang posmen hari-hari kerjanya hantar surat cinta. Agak-agak kalau bau wangi sikit tu mesti surat cinta. Mula-mula buat love letter for sure ayat tu berbunga dan puitis giler. (Ok, agak je since tak pernah buat love letter). Then siap spray perfume... Tak pun letak bedak. Wahh, sampai abang postman pun naik wangi. lepas tu tergesa-gesa beli stamp. Dulu stamp 10 sen pun dah cukup. Dah siap letak stamp terus sumbat surat dalam mail box.

Orang dulu nak bercinta banyak pakai effort. Nak karang essay luahan hati mau banyak muka surat. Orang zaman sekarang taip dekat FB or email. Tak pun telefon je. Agaknya sebab tu cinta zaman tok kaduk lagi kekal compared dengan sekarang. Zaman dulu nak cakap saya cinta awak mahu 3 hari baru dapat. Ye la... nak tunggu surat sampai. Dah sampai baru nampak 3 ayat keramat tu. Zaman sekarang SMS je. Tak sampai satu saat dah dapat.

Orang zaman dulu kalau hubby pergi outstation mau nangis satu hari satu malam sebab tak dapat jumpa(Based on drama dulu-dulu). Orang zaman sekarang hubby pergi outstation rileks je. Malam kang siap dating dekat Skype. Takpun balas wall post dekat FB sampai orang lain tengok pun berbulu geli.

Tak kira guna cara lama atau cara baru. Janji you all happy. Semoga cinta kekal abadi. Hargailah orang yang tersayang. (Okay, nak tidur dulu since rasa tak leh blah tetiba cakap pasal love story!)

Night readers!

Tuesday, January 11, 2011

Mari kuatkan Tulang!

Posted by | | 6 comments

Peace be upon you. Hai readers,

Adakah anda mahu menjalani gaya hidup yang sihat? Okay, ramai akan agree kalau inginkan gaya hidup yang sihat maka kita harus punya gaya pemakanan yang seimbang dan amalkan exercise. Sebahagian dari mempunyai kesihatan yang baik adalah dengan mempunyai tulang yang kuat. Tahukah anda, jisim tulang memuncak ketika usia 20-30 tahun. Selepas itu ianya akan berkurangan. Maka, penting untuk kita semua mengambil kalsium secukupnya untuk mengekalkan kekuatan tulang pada masa akan datang.

Sinaran matahari pada waktu pagi mengandungi Vitamin D dan ini membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah Osteoporosis. Akan tetapi, anda harus ingat, berjemur di pagi hari selepas pukul 9Am adalah tidak digalakkan. Ini kerana, pancaran radiasi dari Sinar UV A dan B merbahaya kepada manusia dan boleh mengakibatkan cancer kulit serta mempercepatkan kedutan pada kulit.

Selain bergantung kepada sinaran matahari, adalah amat digalakkan sekiranya kita mengamalkan minum susu setiap hari. Susu dan makanan yang mengandungi Kalsium amat baik untuk tulang. Pengambilan Kalsium secukupnya membantu melambatkan proses osteoporosis (kadar penipisan tulang, tulang rapuh, dll).


Produk di atas dapat membantu menguatkan tulang kita. Haha~ Actually i just bought this thing. Budget nak amalkan minum susu sebelum tidur. Dah besar-besar ni takkan nak minum susu baby. Jadi belilah susu orang dewasa. Haha~ jum semua readers. Kita minum susu!

References:
1)http://www.resep.web.id/kesehatan/matahari-pagi-untuk-tulang-kuat.htm
2)http://carahidup.um.ac.id/2009/10/nutrisi-tepat-agar-tulang-kuat/
3)http://hsifles.wordpress.com/2009/12/23/6-cara-bikin-tulang-kuat/

Monday, January 10, 2011

FB to Millat FB?

Posted by | | 8 comments

Hai readers,

Wow, since entri about Facebook rumors dipublishkan oleh saya, saya menerima kunjungan readers dari luar Malaysia. Pertama sekali benda yang berlegar di kepala saya is, diorang ni faham ke entri saya ni? Dahla saya pakai English di rojakkan dengan our Malay language. Haha~ Should i write this entry in english?


Above is the example of keywords yang user telah gunakan untuk mencari jawapan and somehow that keyword telah leadkan user kepada 'Life is simple'. Ok, currently there is no latest and concrete news about this issue. But i can tell that people around the world agak panic dengan issue ni. Dan buktinya, tak sampai sehari berita sebegini tersebar, dah bermacam-macam petition page telah dicreatekan di FB.

I personally think that this is just a RUMORS. Great rumors yang berjaya menggemparkan seantero dunia internet. Boleh kata buat orang haru biru. FB is not going anywhere. Trust me and Mark Zuckerberg. Common readers, world without FB is boring right? Adakah kita akan kembali kezaman kemunduran? Zaman dimana hanya email sahaja digunakan. Atau kita akan beralih kepada account social network yang lain?

Remember, when news about Palestine and Gaza berleluasa di internet. Di mana misi kemanusiaan di Gaza membuka minda seluruh dunia. Dan time tu ada yang memboikot Fb. Kebetulan pula ada new social network yang dicreate oleh saudara seagama kita Millat Facebook. Tapi up till now social network itu tidak se gah FB. Di mana silapnya? Atau mungkin juga puncanya sebab ada orang macam saya yang malas nak create new account dekat social network yang lain. BTW readers, agak-agak kalau FB betul-betul shut down, why not lepas ni all of us join Millat FB rather than going back to old friendster, myspace dan seangkatan dengan nya. FYI, Millat FB ni pun cantik juga interfacenya. Tidak kurang hebatnya dengan FB.

Reference:
1) http://robotceleb.com/news/210627-01092011-facebook-shutdown-social-death-rumors-ignite.html
2)http://blogs.babble.com/strollerderby/2011/01/09/is-facebook-really-shutting-down-march-15/
3)http://www.theamericanpress.net/headlines/is-facebook-shut-down-on-15th-march-2011-1139.htm
4)http://millatfacebook.com/

Sunday, January 9, 2011

Facebook shutdown is a HOAX. Don't believe it!

Posted by | | 6 comments

Hai readers,

Today my concern is more to does Mark Zuckerberg really going to shutdown Facebook? okay first of all, benda ni sangat tak masuk akal. This kind of news spread dengan lajunya umpama bullet train. Commonla readers. It's just a hoax. Takkanla Mark Zuckerberg nak shutdown Facebook. Facebook ni la yang dah buat dia kaya raya. And facebook ni la dia punya core business dari dulu. With a company estimated at being worth over $50 billion, haha... agak rugi bukan kalau ianya ditutup. Dari ditutup baik dijual aje. Tak pun bagi Cik Iera. Boleh Cik Iera pula ambil turn jadi Kaya. Haha~

I concern pasal benda ni sebab, huhu.... i sayang giler my FB account. Kat sinila nak contact kawan, family and lecturers. Dulu masa study dengan FB ni la i buat discussion or contact my lecturers. Even up until now pun kalau i nak contact my lecturers from Saudi ke, nak wish birthday ke dan apa-apa jela semuanya i guna FB. Apa barang friendster or my space. Kuno OK.

Nak baca lebih lanjut about this HOAX news? plese visit this link.

Please use some common sense if you want to spread news like this. Benda ni boleh bikin Gempak yang amat.

reference:
1)http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20110108191007AAnIgmO