Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Tabung Sustagen

Posted by | | 2 comments

This morning saya nampak benda dekat bawah ni ada dalam rumah. Actually tabung ni bukan setakat ada satu je. Tapi it comes with five different colors. So i choose the pink one untuk jadi tabung peribadi saya. To be honest all those five tabung tu belongs to my sister. Tapi seorang nak ada sampai lima tabung macam a bit melampau. So i decide to pau satu tabung dari my adik. haha~


Baru ada RM8.50.. anyone would like to donate me some more money? I only accept duit 50 sen je. ;p

regards,

Friday, November 11, 2011

Bila kali terakhir kita cium parent kita?

Posted by | | 0 comments

Wow... tajuk sangat subjektif. Berkaitan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Bila kali terakhir kita cium kedua ibu bapa kita?

I have my own story related to this topic. Dulu-dulu, saya bukan seorang yang pada saya sangat suka menunjukkan kemesraan terhadap kedua ibu dan bapa saya. Boleh dikatakan saya ni cium tangan mak ayah jarang sekali. Kalau keluar rumah tu just lambai-lambai then cakap bye papa bye mama. sangat sempoi dan ala-ala kebaratan. CEWAH!!! nak jugak ada budaya western! Bila jarang bersalaman, mencium pipi apatah lagi. Agaknya time raya je kot. Itupun sebab kalau tak cium tak dapat duit raya.

Sampailah satu hari, ketika saya berada di tahun dua di universiti. Masa tu saya tengah menunggu rakan di hadapan asrama. While waiting for a friends, i saw a girl bersalaman dan mencium pipi kedua ayahanda dan bondanya. Masa tu saya fikir, ish saya ni sepanjang hidup ni tak pernah buat benda tu semua terhadap kedua ibu dan bapa. Sangat tak menitik beratkan benda tu semua. Takkan la bila dah jadi jenazah baru nak cium pipi? Alangkah ruginya saya. YES!!! ketika itu jauh disudut hati, saya sedih dengan attitude saya sendiri.

So bila dah cuti semester, and up until dah bekerja ni... every time i met my parent atau dah nak berangkat balik ke KL, i will always make sure yang saya akan salam dan cium pipi my own parent. Mula-mula nak buat memang rasa macam malu-malu. Yela, dah besar baru nak buat semua tu. Kang nanti mama cakap saya buang tabiat ke apa ke. Tapi dah lama-lama tu, rasa macam dah terbiasa.

Orang selalu cakap, hargailah kedua ibu dan bapa kita semasa mereka masih hidup. Dan saya sangat menghargai mereka ini setiap hari.

Monday, February 21, 2011

Dad's on news.

Posted by | | 2 comments




Hari ni beria ayahanda suruh baca surat khabar utusan. Siap perli cakap dah kerja jangan lupa baca newspaper. Kena tahu isu semasa. Rupanya nak tunjuk dekat we all yang muka dia terpampang dalam surat khabar Utusan. Walaupun nampak sipi-sipi je tapi kitorang bacalah juga artikel dekat news tu. Haha... Ingin tahu lebih lanjut mengenai artikel, click on this link.

Sunday, January 30, 2011

Wedding day!

Posted by | | 4 comments

Hai readers,

Fuhh, sememangnya menguruskan hal ehwal perkahwinan ini memenatkan. I yang menolong ni pun penat. Seharian suntuk berdiri menemani ayahanda menyambut tetamu. Lepas tu kena bagi door gift lagi dekat semua tetamu. Then kena tunggu green light dari ayahanda lagi. If the guest tu from VIP side then kena bagi different gift pula. Melayan VIP guest memang leceh. Makan minum semua nak kena perhatikan. Lucky that lots of saudara mara dan staff dari office ayahanda datang menolong. Tetamu datang dari seluruh Malaysia. Paling Jauh dari Sabah. Woah, memang tak sangka sungguh!

Picture dekat bawah ni time malam akad nikah. Well, sebak sikit malam tu since my sis anak sulung. Then my dad pergi ke bilik dan minta izin my sis untuk kahwinkan dia. Akad nikah berjalan lancar. My brother in law sekali lafaz je tau. Hehe~


Bawah ni gambar pelamin yang dah siap di decorate. Sempat juga tukang pelamin tu siapkan before akad nikah.


Gambar dekat bawah ni pula adalah hantaran sebelah pihak perempuan. My aunt decorate this thing special for my sis. Cantik ok! Sebelas berbalas sebelas.


Meja makan pengantin. I just snap before the actual wedding since i dah tak ada masa nak snap-snap pictures time wedding ceremony tu. Haha!


Khemah tetamu. Everything dah ready. Just need to wait for the guest.


Semasa persandingan. After upacara merenjis and everything than ada pula upacara makan beradap oleh pengantin.


Bawah ni pula hantaran dari pihak lelaki. Serba pink!


King and Queen of the day. Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat. Welcoming my brother in law into the family. Woah! i dah ada abang. Haha~


One of our special guest. Okay Cik Iera, ko memang sakai giler. Lagak tak pernah jumpa celebrity! =_=" Haha~ whatever. Thanks to Mek Siti sebab sudi hadir memeriahkan majlis. Siap berpantun lagi.


Welcoming speech from my dad untuk para tetamu.


Banyaknye hadiah!. Agak-agak i kahwin esok esok boleh dapat banyak ni ke? hurm...


Sesungguhnya memang ada yang bertanya Cik Iera bila lagi? Haha, well... i have two answers.
1) Cita-cita dulu. Cinta kemudian. Lagi pun baru je kerja. Haha~ bila i bagi answer yang ni, my dad friends impress.
2) Tunggu ayahanda kumpul duit dulu. Haha~ bila i bagi this kind of answer,my dad's friends gelakkan i.

Wednesday, January 12, 2011

Pesan kedua orang tua

Posted by | | 2 comments

Kalau kasih ibu bawa ke syurga, bagi saya, kasih ayah tiada tandingannya. Pesan kedua orang tua sentiasa saya ingat. "Bersederhanalah dalam segala hal". Sewaktu belajar, mereka sering pesan, "kami tak ada harta yang banyak untuk diberi kepada anak-anak. Kalau ada pun jangan terlalu harapkan harta yang tak seberapa ni. Tapi kami hanya boleh bagi education. Jadi belajarlah rajin-rajin". Sering ditekankan disini bahawa aspek pendidikan sangat penting. Kerana pendidikan dapat menjamin masa depan.

Bukan itu sahaja, perbanyakkanlah berdoa kerana rezeki itu tidak datang bergolek. Hari ni papa remind me again supaya perbanyakkan berdoa untuk kesejahteraan hidup. Hampir sejam berbual dengan papa through phone, i can tell berbakul-bakul nasihat saya terima dari papa. He also advice me supaya banyakkan exercise. Obviously since saya kerja memang saya lansung tak exercise. Macammana nak exercise kalau balik kerja je pun dah maghrib. Okay, itu alasan yang saya selalu bagi. Main reason is malas. So papa suggest suruh beli treadmill then exercise je dalam rumah. Amalkan gaya hidup yang sihat. Siap pesan jangan lupa minum air masak 8 gelas sehari. Jangan asyik fikir pasal kerja aje. Kerja ni sampai bila pun takkan siap. Mesti nak kena exercise.

Then we have a little bit discussion about health and currently my mum tengah siapkan hadiah untuk diberi kepada tetamu. Wedding my kakak is gonna be end of this month. And tetamu jemputan pula around 3000 peoples. I don't know who's going to help mum since my other siblings pun tengah study luar dari Kelantan. Most of us hanya akan balik a few days before the wedding ceremony. Also i don't know what kind of present yang patut saya hadiahkan untuk my kakak. But i am very sure that perfume and make up set is not the option since dia dah ada banyak giler barang makeup. Any suggestion?

Tuesday, January 4, 2011

Kelam kabut sampai serabut!

Posted by | | 0 comments

Fuhh, saya tak tahu yang ayahanda akan datang KL hari ni. On the way balik dari ofis after sembang dengan my adik, baru i tahu yang dad nak datang tidur dekat rumah. Mau kelam kabut saya. Dahla dengan kerja berlambak nak kena submit malam ni. Sampai rumah je dah Maghrib. Lepas solat i sat for 5 minute fikir apa nak kena buat dulu. Tadi papa cakap tak payah masak. But as a daughter, rasa bersalah pula kalau tak masak lansung. Dahla papa datang dari jauh.

So mula-mula kemas rumah. Then masuk bilik my adik siapkan pape yang patut. Selalu bilik my adik saya buat jadi guest room sebab my own room i buat jadi bilik buat kerja. Ya Allah... buka pintu je bilik bersepah. Memang tak macam bilik anak dara. Grrr~ Memikirkan ada banyak kerja nak kena settle, then kemas je la bilik my adik ni. Dah siap then prepare nak masak dinner pula. Tapi since memang tak plan pun nak masak malam ni, so i masak nasi goreng and goreng keropok jela. Tu je yang cepat dimasak. Haha.. at least better than nothing. Dah siap masak terus bergegas siapkan kerja. Dah email semua right now need to wait for my dad. Lapar la pulak. Tapi sabar-sabar. Tunggu my dad and dinner sama-sama. Hehe~

p/s: Tadi nak sms ayahanda cakap boleh dinner dekat rumah. Sekali terhantar that SMS dekat one of Artis punya personal assistant. Lol.. malu-malu.. sms pasal nasi goreng pulak tu. Haha~

Wednesday, December 29, 2010

Happy Birthday Kakak.

Posted by | | 0 comments

Hello readers,

First of all, tahniah skuad harimau Malaya. Ngauman anda mengegarkan Malaysia dan juga Indonesia. Okey... i admit that i didn't watch the game. Actually nak sangat since semangat patriotik berkobar-kobar dengan tinggi sekali hinggakan mencecah gunung everest. Tapi apakan daya, When you have a sister yang kebetulan tarikh kelahirannya hari ini... maka family comes first. Huhu~

Lepas kerja terus keluar with siblings and future brother in law. hajat dihati mahu tengok TV di luar menyaksikan perlawanan bola. But the thing is... kedai yang we all pergi ni TV pun tak ada. Harap decor je cantik. Adess... kecewa seketika. Bila dah macam ni, fuhh... mulalah surf Facebook menantikan result game. Kott kott ada orang update latest news pasal bola.

Lepas we all done with the meals, apa lagi... sesi makan cake. Tapi bosan juga ya kalau tak nyanyi birthday song. Haha~ Dah besar pun still nak nyanyi-nyanyi lagi. Apa da~ Kebetulan ada seorang mamat ni tengah pegang gitar. Apa lagi... bang, boleh tak nyanyikan birthday song untuk my kakak ni...


Fuhh, penuh perasaankan mamat ni nyanyikan untuk kakak i. We all time tu bukan dengar sangat pun. Tengah busy dengan snap snap gambar. Hehe~ Tapi suara mamat ni best tau. Terpegun i. Hikhikhik...


Nak tiup lilin juga.. Okay, layankan aja ya. Lepas tu my kakak ni ngada-ngada suruh we all suapkan dia cake pulak. So since she's the VIP tonight, jumm layankan aja ya.


Nganga mulut luas-luas, aummmmm sedapnye cake tu. Sambil suapkan sambil posing. Haha~


Uhh, my face tersangatlah oily... Kalau goreng sure hangus terus. Hehe~ OTW nak balik pun sempat stop and posing jap. Hikhikhik.


Ehh, other siblings pun nak juga snap picture with future brother in law..


Abang and kakak, adik dah bagi you guys mencapap dalam blog adik ni. Next time silalah belanja saya dinner lagi ya. Haha~

p/s: Happy Birthday kakak. Semoga bahagia dunia akhirat. Dimurahkan rezeki, dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.

Monday, December 27, 2010

I wish....

Posted by | | 0 comments

Sesekali melemparkan pandangan diluar tingkap kereta. Wahh... cantik sungguh KL di malam hari. Lampu bergemerlapan disana sini. Tapi secantik dan seindah ciptaan manusia itu masih tak dapat menandingi ciptaan yang maha Esa.

Hari ni lepas kerja terus gerak ke KLCC. Hehe~ Penat tapi since macam dah lama giler tak tengok movie, digagahkan juga diri ini. Meeting dengan my other siblings plus wahh... my future brother in law pun ada juga. Hikhikhik... kind of excited sebab this is the first time me and other siblings spent time together with him. Well... i can say that he is so cool. Friendly juga ya. My kakak is getting married by end of January next year and i just tumpang happy dekat diorang. Not to say that actually the whole family pun macam happy for her.

The reason of me being happy is because, saya tak pernah ada abang. i just ada kakak. unlike my other siblings, mereka ada abang. So to think that i'm going to have a brother pun dah cukup buat i happy sampai melompat-lompat. Papa cakap saya over excited. I siap told my mom and dad yang i wish by the end of next year saya akan ada seorang anak saudara. Actually saya sangat jealous dengan my other friends yang dah ada anak saudara. Ada yang dah ada berbelas or berpuluh-puluh anak saudara but me.... seorang pun tak ada lagi. Hikhikhik... papa just said... kalau ada rezeki adalah... Then i just said to my dad, kalau tak dapat anak saudara tak pe lah. But papa dan mama kena bagi saya adik. Muahahaha~ my mum said to me... "ingat beranak ni senang ke". Mau tak melenting my mum. Dah tua-tua ni saya pergi minta adik lagi.

p/s: Azam tahun baru saya buat masa ini is... saya harap saya dapat seorang anak saudara hujung tahun depan. Tapi kalau Allah s.w.t nak bagi my sister twin lagi saya suka. Hikhikhik....



Saturday, December 25, 2010

Babysitter di rumah

Posted by | | 2 comments



Hikhikhik... currently tengah babysit my 10 year old cousin. His parent went out for shopping and i help them jaga budak ni. Bukan his parents je,my mum and dad also went out for some shopping and tinggalkan saya seorang diri di rumah. Hehe actually malas nak keluar rumah. I just stay at home kemas rumah and watch some movies alone. Rehat sepuas hati.

Hurm... saya tak pernah babysit budak kecil. So, actually tak tahu sangat apa nak buat. Tadi dah bagi this kid makan. I just masak nasi goreng and goreng nugget je. Hehe~ Not that healthy i guess the food. And also i buatkan tea untuk budak ni. Haha~ Since i dah besar, no milk at home. Also dah bagi budak ni makan ubat since dia demam. His mum suapkan ubat tadi and currently i just let the kids main dia punya PSP sambil menonton Berita at TV3. And me sitting betul-betul depan TV watching him. I cannot leave budak ni alone since he has asthma.

Actually i don't really know what to do. Siap dah offer chocolate, biscuit and mamee monster dekat budak kechik ni tapi he said dia dah kenyang. Hehe... habis nasi goreng saya dia makan. Rasanya bila dah stay alone, nasi goreng ni dah jadi macam main menu. Malas nak masak lauk apa lagi, nasi goreng is the easiest option to me. Hehe~ (Punyalah pemalas ko ni Iera =_=")

Hadiah Christmas.

Posted by | | 2 comments

Hello semua, first of all, i would like to wish dekat semua penganut kristian, "Merry Christmas and may this festival bring abundant joy and happiness in your life!".

Hehe~ pengalaman saya time Christmas... Oh ya, dulu bila family saya tinggal di Sabah, everytime Christmas, we will visit kawan papa. But, kawan papa tu akan sediakan dua side meja hidangan yang mana semua hidangan tu ditempah khas menggunakan khidmat catering Melayu. Since they know akan ada ramai kawan Melayu yang datang, so mereka hidangkan makanan yang halal sebagai tanda menghormati agama kita ni. And kawan papa tu tersangatlah baik. Hehe~ sebab everytime pergi rumah dia for sure we all akan dapat angpow.

Ooppss~ Duit kat atas ni bukan angpow dari kawan papa tu. But datang dari papa sendiri. Pagi ni papa gather semua siblings yang ada and he give me the money above sebagai hadiah yang saya dah berjaya menamatkan pengajian degree saya. Amboi, lewat betul papa bagi hadiah. Hehe~ Thanks papa. Oh ya, kira yang ni hadiah dari Santa papa. Haha~

p/s: Papa cakap Tomyam saya lulus. And kalau dapat hadiah macam ni, fuhh saya rela futher degree banyak kali. Hehe~

Sunday, December 19, 2010

selamat tiba ke destinasi.

Posted by | | 0 comments

Fuhh fuhhh fuhh... hehe, nasib tak sempat bersawang blog ni. Setakat berhabuk je. Hehe~ Tiba di KL pukul 6.15PM. Flight delay almost 1 hour. Semua penumpang tekun menanti. Ada yang tengah mendodoi anak. Ada yang tengah dukung anak. Ada yang tengah kunyah gula-gula. Dan saya, hehe~ kunyah coklat. Tengah mengunyah, datangla seorang budak ni. Sitting in front of me. Bila saya goyang kaki dia ikut. Bila saya perasan, saya saja silangkan kaki saya. Ish... budak ni pun ikut juga. Bila saya angkat tangan keatas pun budak ni tiru. Aishhh, nasib parent ko kat sebelah je. Kalau tak dah lama kucubit pipi budak ni. Dah la tembam giler. Hehe~

Actually sepanjang perjalanan rasa kecut perut je. Sebab this is the first time saya travel alone. After 12 years, hari ni tetiba je kena paksa oleh papa. So dengan berat hati terpaksalah saya travel alone. Saya balik jauh-jauh dari KL ni, saya sempat tengok my dad punya muka just for 30 minit je since my dad meeting for the whole day. So mama yang temankan saya sampai ke airport. Dah check in, sampai masa nak letak bagasi, i look at my mum face lama giler. Lepas tu mama senyum-senyum. then saya tarik mama and at the same time said "Mama please teman adik. Takutla". Time tu mama senyum-senyum je.

Sampai je di KLIA, papa call. First question papa tanya, Jumpa ke lubang nak keluar dari KLIA. I just said jumpa je. Sempat lagi saya cakap pada papa, "Saya suka duduk bawah ketiak papa dan mama sebab wangi". Then papa gelak-gelak je. Papa tanya saya, susah ke travel alone. Then i just said senang je. Macam makan kacang. Cuma rasa takut je. Then papa sempat pesan hati-hati bila balik ke rumah. Gud luck for tomorrow's interview. Mama juga pesan benda yang sama.

p/s:
- Ingin simpan boarding pass sebab papa yang belikan dan sebagai kenangan saya berjaya travel alone. (Punyalah santimental ko ni iera).
- Saya dah register haji pagi tadi. Tak sampai seminit dah siap segala process. Owh cepat sungguh. They said lagi 5 to 6 years akan buat tawaran pergi haji kepada saya. If ada rezeki insyaallah...
- Tetiba tadi dalam kereta nenek dan mama pot pet pot pet dan pesan, esok-esok kalau dah kahwin jangan berhenti kerja sebab bila bekerja at least kita ada duit sendiri. Boleh bagi dekat anak, parent. Boleh tanggung diri sendiri. If anything happen kita masih ada tempat bergantung. Baru je masuk kereta dah kena pot pet. So dengar je la apa orang tua pesan.
- Nervous sebab esok ada interview. Tak tahu nak prepare apa. Takut nye...

Friday, December 17, 2010

Wish me luck!

Posted by | | 2 comments


Hi, just a short and simple entry. Wish me luck peeps. I'm gonna have an interview at TNB next week. Blog akan bersawang just for a few days since I'm going back to my hometown. Sunday evening, will be back to KL dengan flight.

Actually my mum and dad really wants me to attend the interview on Monday next week. Papa siap belikan flight ticket for me guna duit dia. Haha~ Sebab i told him i nak balik naik bus je pagi isnin and arrive petang isnin. Tapi hari isnin tu is the actual date for the interview. So my dad belikan flight tickets petang ahad and he told me sila belajar naik flight sendiri. Jangan duduk bawah ketiak papa dan mama je. Whateverla. Semoga saya selamat sampai KL and jumpa tempat nak attend interview tu. Sekarang ni pakai konsep main redah je. Gulp~

p/s: Tak sangka bila dah kerja still dapat pau papa. Wahh~ amazing!

Tuesday, December 14, 2010

Happy Birthday Papa

Posted by | | 2 comments

Today i start my day by wishing happy birthday to my dad. Saya hantar just a simple SMS, "Papa...Happy Birthday". And do you know what did my dad reply? Sila tengok image dekat bawah. I transform the SMS into an image.


Huhu, lepas baca SMS papa terus saya sebak. Terharu sampai sekarang. Pagi tadi masa nak bersiap pergi office pun sebak je. Macam ni rupanya doa my dad dekat saya. Ni baru through SMS. Belum tahu lagi apa yang papa dah doakan untuk saya setiap hari.

That's my dad. Dia tahu bila masa nak buat saya rasa sebak. He knows macammana nak pujuk saya dan dia tahu macammana nak motivate saya bila saya rasa down. Everytime saya ada problem saya akan cari my dad and keep complain. Papa will listen and then sometimes dia akan loyar buruk just to make me feel happy. And than dia akan suruh saya bersabar and berdoa. Lepas tu baru dia start giving me some advice and he will give me some story about his life. The purpose is to let me know dulu dia pun macam ni and he manage to solve all of his problems.

To my dearest papa, happy birthday to you. I'm so grateful that I have you as a Dad. It's truly a blessing to have you as a father. Thanks for always believing in me. Thanks for all the support that you have given to me. Thank you for being a kind and caring Father to me. You are the best Dad in the world. I love you papa.

Oh Papa!

Posted by | | 2 comments


Do you remember, yang masa saya buat entry tentang Jom Heboh, there is one SPR booth open dekat Stesen lrt. Time tu i ask my adik to register mengundi sebab i know that papa want her to do that. Awal-awal lagi papa dah book we all punya undian. Mesti undi parti dia. Huhu~ I don't mind actually. As long as my dad happy and wakil kawasan buat kerja. Jangan tanya kenapa mesti BN. Since i think every one has a right reason to choose their own party.

But have you ever have this kind of conversation with your own dad? Nak tahu apa yang saya bualkan?

Me: Papa, kenapa kitorang mesti sokong parti papa?
Papa: Owh sebab sebelum adik lahir lagi kerajaan dah tolong kita.

Me: Ha~ macam mana tu?
Papa: Yela, tiap-tiap bulan mama pergi check perut time pregnant dekat hospital kerajaan.

Me: Uhhh, buat apa setakat cek perut tiap bulan dekat hospital tapi lahirkan saya dekat rumah.
Papa: Yeke? hehe~ That's what we called artistic. (Okey... my dad dah start dengan dia punya loyar buruk).

Me: Tak artistic lansungla papa. Tahu tak saya sorang je yang lahir dekat rumah. Adik beradik saya yang lain semua lahir dekat hospital. Saya lahir je terus dah tak ada standard.
Papa: Haha. Papa dulu lagi artistic.

Me: What kind of artistic?
Papa: Papa dulu lahir atas batang buluh je.

Me: Hahaha! perghh papa ni kot ye pun nak tipu adik agak-agakla. Biar betul papa ni.
Papa: Haha~ betulla dik.
Me: Dah-dah... saya malas nak layan papa loyar buruk.

Monday, December 13, 2010

Oh mama!

Posted by | | 2 comments


Hehe~ since yesterday kari ayam saya tak jadi, so saya ambil initiative untuk call mama. Then mama suruh saya explain macammana saya cook my kari ayam. Then while explain, sampai dekat part santan, saya cakap saya pergi letak satu kotak santan. Then at the moment mama dengar tu, mama gelak. Belum masuk part yang saya pergi letak 2 paket rempah kari dalam masakan saya. Fuhh, memang cara saya buat tu totally wrong. Sebenarnya main redah je. Hehe~

Then mama pun explain dekat saya how actually she cook her kari ayam. So buat masa ni saya dah faham. But i haven't try yet sebab tak cukup bahan nak masak. So maybe hari rabu nanti baru try lagi sekali. Agak-agak jadi tak? Esok dah siap plan dengan my adik nak pergi pasar malam beli barang mentah. Huhu~~

To tell you the truth, bila dah duduk sendiri and dapur ni jadi my own territory, huhu~ memang macam-macam experiment saya buat. Mama adalah insan yang paling excited. Not to mentioned yang masa mama datang lawat we all dekat KL ni, mama belikan satu plastik rempah ratus dekat me and my adik. Dah almost 2 bulan duduk terbiar dalam peti. Ni pun baru timbul kesedaran nak masak kari-kari ni. Itupun sebab end of December ni mama nak datang KL. So after having a few discussion with my adik, then we all decide okay, memang kami kena belajar buat masakan kari ni.



Mari berkenalan

Posted by | | 4 comments

Fuhh, readers semua, mari berkenalan ya dengan watak dalam hidup saya. Selepas ini semua entry berkaitan dialog akan menggunakan watak dibawah. Hehe~ penat tau tak nak buat sorang-sorang. Nasib my family semua sekali ada 9 orang je. Kalau belas-belas alamaknya pakai orang lidi je la. Untuk lebih jelas, sila click image dibawah untuk proses tumbesaran yang lebih nyata.



Bila papa dan mama berkahwin. Dan untuk tempoh bertahun-tahun, makanya anak pun semua sekali berjumlah 7 orang. Dimana mama hanya mengandung 6 kali dan yang keluar dari perut mama tujuh orang semuanya. Maknanya ada twinla ye. Sila tengok gambar diatas. Yang muka sama tu twin ya. Hehe~

Dalam banyak-banyak character, saya paling suka mama dan papa punya character. Sebab rasa macam dah buat diorang jadi comel giler (lol~ Cik Iera tengah angkat bakul diri sendiri). Saya bagi Paris Hilton punya rambut tau dekat mama. And papa pula brad pitt punya spiky hair. Wow~ glamour kan.. hehe...

Character my adik, Abby juga saya telah redo balik since semalam dia bising cakap character dia before this tak cantik. Mana aci redo yang Abby je. Jadi saya redo sekali character untuk saya juga. Hehe~ Ada sesiapa nak suruh saya buatkan character tak? Hehe~

Sunday, December 12, 2010

Bila saya bosan

Posted by | | 0 comments

Kadang-kadang saya boleh rasa what is the feeling bila pasangan tu dah kahwin lama tapi at the same time tak ada anak. Mesti bosan tengok muka pasangan tu hari-hari. Macam my adik, ada masa dia bosan nak melayan saya. Dan bila saya bosan, saya suka kacau dia.

Jadi bila tak ada orang nak melayan saya, here i am... menghadap lappy dan buat apa-apa yang patut. Kadang-kadang saya nak ada ramai orang. Although saya bukan nak cakap sangat dengan semua orang, i just want to have a feeling yang rumah ini full with people. Sampaikan sometimes i will keep asking my sister, bila kawan hang nak datang lagi rumah kita ni.

Saya dan dia

Posted by | | 2 comments

Dulu kitorang selalu gak gaduh. Ala.. adik beradik, kalau tak gaduh memang tak sah. kalau balik rumah gaduh, at least kitorang still ada adik beradik lain. Kalau tak kawan, we all still boleh geng dengan adik beradik yang lain. Macam ni, tak cakap pun tak pe.


Tapi bila dah duduk berdua je dekat KL ni, kalau bergaduh macam tak best pula. Kalau saya gaduh nanti saya tak ada teman berbual. Kang tak pasal-pasal kena bercakap dan menghadap dinding sorang-sorang. So saya mula berlagak as a sister yang bertanggungjawab. Walaupun kadang-kadang tahap pentauliahan itu masih ditahap rendah. Tapi saya cuba sedaya upaya. Segala keputusan dibuat bersama. Perasaan tolak ansur banyak diamalkan. Kalau tak puas hati ahhh~ pendamkan aje. Paling-paling pun call papa mama mengadu. Lepas tu kena gelak balik oleh papa dan mama. Cett~



Jadi bila di Kl ni, kami hidup aman damai. Segala rukun kekeluargaan diamalkan. Tapi bila balik family house... hehe, sometimes saya declare balik war. Tapi bila dah on the way balik Kl, kitorang berbaik balik dalam bas. Hehe~