Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Malam tadi saya dating dengan ...

Posted by | | 12 comments


Muahaha! Handsome tak partner kat sebelah i ni. Haha~ I baru je sedut Korean series "Playful Kiss". Semalam i start tengok series ni and it's so funny. Fuhh, hilang stress sebab asyik gelak je. Habis satu series i sambung buat kerja. Then tak sampai 10 minutes i continue balik layan series ni. Hikhik, malam ni nak sambung tengok lagi. Disebabkan dahagakan hiburan, haha... mau pukul 2 saya tidur malam tadi. Akibatnya pergi kerja dalam keadaan mengantuk. Nasib bekalan kafein dekat office ni banyak. Tapi, saya lagi rela minum plain water dari coffee since i was thinking bila badan penat and i minum lagi coffee, effectnya badan akan jadi bertambah penat.

Fuhh, semenjak dua menjak ni ramai yang blogwalking dan tinggalkan link. Nanti slow-slow saya balas kunjungan anda ya. BTW, happy weekend guys.

Wednesday, December 8, 2010

Andai saya jadi...

Posted by | | 8 comments

Snow White:
Kalau ditakdirkan saya ini snow white, arghh~ pastinya terlalu sukar hidup ini. Punya ibu tiri yang dengki dan busuk hatinya. Terpaksa pula melarikan diri dan menumpang di rumah kerdil-kerdil. Walau layanan class A diberikan oleh para kerdil, tapi iyalah, takkan nak duduk menumpang sahaja, rumah dibersihkan, makanan dimasak. Owh, alangkah bertuah juga ya kerdil-kerdil itu. Sampai saat termakan epal berintikan racun dan pengsan. Menunggu saat kemunculan prince. Owh tidak, dah pengsan baru jumpa putera idaman hati. Ini terlalu menyiksakan. Kenapa harus pengsan dahulu sebelum bertemu pujaan hati? Saya tidak mahu jadi Snow White.


Rapunzel:
Andai saya jadi rapunzel, pasti juga hidup ini sukar. Mungkin setiap hari masa saya dihabiskan untuk menyikat rambut yang panjangnya mengurai-ngurai. Kalau berat saya 50KG, mungkin separuh daripadanya adalah berat rambut saya sendiri. Perlu mengheret rambut walau kemana saja saya melangkah. Owh sungguh menyiksakan. Malang bagi rapunzel kerana tidak ada orang suruhan untuk mengangkat rambutnya itu. Maka dengan ini saya tidak mahu menjadi Rapunzel.

Cukup iera, jangan berangan. Cepat tidur. Just be your self okay. Zzzzzzz~

Sunday, November 21, 2010

Drama Melayu pun ada class.

Posted by | | 0 comments

Dulu zaman sekolah rendah, saya layan cerita hindustan. Tiap masa nak tengok hindustan. Semangat betul. Dekat rumah tu, berkotak-kotak video hindustan ada. Yela, zaman kita hingusan dulu mana keluar lagi CD or VCD. Tiap hujung minggu mesti duduk depan TV tunggu cerita hindustan. Tapi sekarang bila dah besar, ahhh.... bayang cerita hindustan pun tak terasa nak tengok. Last time tengok cerita hindustan masa zaman Mohabbatein movie keluar kat TV. Uishh, dulu memang minat dekat Shah Rukh Khan, Salman Khan, anak khan semua saya minat. Hehe~ reason sekarang ni tak layan cerita hindustan sebab, kalau korang perhati betul-betul, mesti jalan cerita lebih kurang sama je. Yang paling tak tahan nak tunggu part habis menyanyi dan menari.

Bila dah masuk matrik, saya layan cerita korea dengan cina. Aihh, hensem betul mamat-mamat korea. Kalau tengok cerita pun mesti pilih, hero hensem ke x. Ala.. korang orang laki pun mesti nak tengok heroin dia cantik ke tak kan kan kan? Tapi satu je tak tahan dengan cerita korea ni. Selalu saya tengok series. Jadi nak habiskan semua series tu mak aihh... lama juga. Selalu kalau cerita dah best, buku saya tolak ketepi. Sanggup nih stay up semata-mata nak habiskan cerita korean ni. Pastu mula la, kelam kabut study sebab nak kuiz. Tak pun assignment buat ala kadar je.

Cerita Melayu pula... saya tak pernah pun khatam tengok cerita P-Ramlee. Cerita P-Ramlee yang saya pernah tengok ialah Labu-Labi, Madu 3, dan Nujum Pak Belalang. Dulu memang tak suka tengok cerita melayu. Kalau tengok pun saya pilih dulu. Saya layan cerita yang kelakar je. Lagi satu, cerita Melayu ni banyak cerita hantu. Kalau korang perasan, time raya almost 24 hours asyik cerita hantu je yang keluar dekat TV. Kalau time puasa syaitan kena ikat, elok-elok lepas puasa Tv channel kasi release semua hantu-hantu. Lepas tu, cerita melayu ni banyak part sedih-sedih la. Aishh... tu yang malas nak tengok. Sebab saya kalau dah sedih, seminggu pun tak hilang lagi sedih tu. Hehe...

Tapi, tahukah anda, cerita melayu sekarang ini sudah ada class. Reason, moral values itu ada. Dulu ada juga moral values. Tapi tak seperti sekarang. Sekarang ni, pelakon pun dah ramai yang pakai tudung bila berlakon. Ok la tu, walaupun pakai tudung time berlakon je. Lagi, moral values drama melayu sekarang ni banyak terselit unsur keagamaan. Jadi sambil tengok cerita tu, penonton belajar juga pasal religion. Bukan tu je, Hehe~ fesyen muslimah pun ada. Tengok artis pakai shawl macam tu, yang lain pun sibuk nak ikut. Trendlah katakan.

Semoga industri hiburan tanah air dapat menghasilkan cerita yang lebih berkualiti. Elakkan cerita tahyul. Penonton sekarang lebih bijak menilai.