Showing posts with label Enjoy. Show all posts
Showing posts with label Enjoy. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Tuah tengah malam

Posted by | | 4 comments

Peace upon u readers,

Inginkan tuah datang bergolek? Inginkan mystery gift? Hehe... first, kena like page MynewsHub ni. Ha... dah lepas like, you all boleh start surfing. Datang dalam dwi bahasa. Jadi terpulanglah nak view dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. Sebagai contoh saya view dalam bahasa Melayu. Sila visit link yang ini. If you can see, dalam website tu ada banyak news. Just choose any news yang menarik dan tinggalkan sebarang komen mengikut kreativiti masing-masing.

Sebagai contoh saya ada komen dua news. First and second.

Komen pertama:

Komen Kedua:

Ntah kenapa saya pilih news related to politics. Memang tak minat giler news macam tu. Ntah mana satu komen yang dah menang mystery gift pun saya kurang pasti. Hehe~ Syukur alhamdullillah atas nikmat rezeki yang diberikan.



Kepada anda semua, selamat mencuba! OK malam ni tidur sambil tersengih kegembiraan!

Monday, February 21, 2011

Another present for me?

Posted by | | 2 comments


Yuhuu... masuk office je ada present atas meja. Owh birthday present dari boss sendiri.. Hehe~ Thanks boss... Tapi ntah apa ya isinya...

Friday, February 11, 2011

A gift to them!

Posted by | | 2 comments


Mak aihh... terasa macam Christmas. Tetiba je ada banyak hadiah nak kena balut. Aish... lepas habis kerja terus pergi KLCC. Sebenarnya bila last minute shopping present, memang tak tahu nak beli apa. Last-last masuk aje chocolate shop. Sesak bukan main.. Hairan juga kenapa sesak. Rupanya baru teringat... next week kan dah valentine. No wonderla bunga berlambak-lambak tadi.


Tuesday, February 8, 2011

my phone bill 10 cents only!

Posted by | | 2 comments


Hello readers,

Well i think that this is funny. My bill for last month is just 10 cents. I was like, biar betik Maxis ni. Well last time ada staff maxis buat promo through phone dekat i dua kali and they offer me cheapest plan rate. Tapi takkanla phone bill i 10 cents je? Macam tak logic untuk akal fikiran i ni. Haha... baru je last week tengok unbilled amount ada dalam RM19. But hari ni dah jadi 10 cents. I was wondering... agaknya kalau next week i ushar balik i punya unbilled amount agak-agak jadi berapa pula ya? should i say thanks to Maxis? lol~

Monday, February 7, 2011

Editing lagi!

Posted by | | 4 comments

Hello readers,

Selalunya apa yang you all akan buat kalau tengah pening dengan kerja atau assignment? Hehe... kalau iera la kan, i lebih suka buat photo editing. Tukar sana tukar sini. Match sana match sini. Kadang-kadang buruk. Kadang-kadang messy. Tapi tangan still laju tukar sana tukar sini. Jadi since hari ni tengah pening dengan IIS (Internet Information Server) installation dekat laptop ni, i terus tutup semua hal berkaitan dengan kerja and open photoshop. (OK, tingkah laku ini tidak wajar ditiru... +_+"). Tetiba rasa nak buat header sendiri. Tapi tak tahu nak letak ke tak dalam blog.. haha~


Lepas buat header terus rasa nak buat new profile picture untuk semua social network.. Ok, done! Ehh!! office hour dah lama habis. Jum balik.


Monday, January 31, 2011

Pagi yang ceria.

Posted by | | 8 comments

Hai readers,

You all breakfast apa pagi ni? Hehe~ kepada yang bekerja, selamat bekerja. Saya cuti lagi. Next week baru start kerja balik. Pagi ni saya breakfast cup cakes. Auww, pagi-pagi dah makan benda manis. Semoga muka pun manis-manis. Haha~


Lepas breakfast, lepak sekejap di kawasan luar rumah. Menikmati keindahan alam di hadapan rumah. Udara pun nyaman je. Headset di telinga mendengar lagu, mata liar menikmati pemandangan. Woah... this is awesome!


Wednesday, January 26, 2011

Cuti bergaji ok!

Posted by | | 8 comments



Tuesday, December 28, 2010

Everything is perfect bila hero handsome!

Posted by | | 2 comments

Wahh, tercapai juga hajat untuk tengok Tron. I can say, erm... out of 10, saya bagi 9. Saya suka storyline movie tu. Maybe sebab saya suka pada technology. Bila saya tengok cerita tu, what i can think is... wahh, macam mana diorang boleh buat grafic untuk movie tu. Everything looks perfect. They create another world and it's amazing. Serba serbi cantik. Even the outfits yang dipakai oleh setiap character dalam cerita tu pun cantik. Siap glow in the dark lagi you. Not to say yang hero dalam movie ni pun handsome. Extra credits untuk hero handsome.. Haha~ Terbeliak mata i!




Wednesday, December 22, 2010

Calendar dan LEGO

Posted by | | 0 comments

Tadi ada staff dekat office bagi saya LEGO. Hehe~ dah lama rasanya tak main LEGO ni. Zaman hingusan dulu suka betul main benda ni. Siap buat rumah, kereta dan macam-macam lagila.


Tapi, kenapa LEGO ni pelik semacam je. Siap ada gambar kapal terbang, love, nombor dan macam-macam lagi. LEGO apa ni?


Hehe~ inilah calendar LEGO. Sebelum susun jadi calendar, mari menyusun tarikh lahir saya dulu.


Okay, jum kita susun LEGO ni jadi calendar. Nak susun jadi bentuk apa ya? Kalau susunan calendar tu macam dekat bawah ni okay tak?


Atau susunan macam kat bawah ni ke. Hehe~ menarik juga ada calendar macam ni. Tapi, larat ke tiap bulan nak main susun-susun calendar LEGO ni?



Sunday, December 12, 2010

Dah 100++

Posted by | | 9 comments


Sebenarnya sedikit teruja sebab followers dah capai angka 100 lebih. Terima kasih ya.. Kalau orang lain blog walking laju sangat, saya blog walking slow macam siput. Maklumlah, kerja bertimbun. Weekend pun kena kerja. Tapi you all, thanks again. Rajin-rajin singgah baca ya. Sob sob terharu jap 5 minit.

Saturday, December 11, 2010

Ramainya umat manusia...

Posted by | | 2 comments

Owh hai readers. Hari ni saya bangun pagi dengan perasaan malas menyelubungi diri. Tahu ada perkara harus diselesaikan, makanya saya gagahkan juga diri ini untuk bersiap. Selesai semua, saya ke Bukit Jalil. Ada Jom Heboh disana. Well, since this is the first time saya pergi Jom Heboh, saya kind of excited la juga. My adik cakap ada banyak barang dijual disana. So me and my adik pun pergilah ke Bukit Jalil. Sampai sahaja disana, wahhhh... ramainya umat manusia di Bukit Jalil ni.


Sebelum meneruskan misi melihat dan menjelajah setiap booth dekat sini, saya terus ke Hotlink booth. Ingin menyelesaikan tugas dahulu. Sampai sahaja disana, saya call printing people tanya bila calendar yang company saya order nak sampai. Uhhh, lambat pula mereka ni. janji pukul 10.30AM nak hantar barang. Memandangkan orang yang saya tunggu masih tak kunjung tiba, saya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan disekitar booth Hotlink ni. Gerai yang menjadi tumpuan saya semestinya gerai yang banyak menjual junk food. Hehe~


Tadaaaa~ agak-agak banyak tak makanan ringan yang saya borong? Sebenarnya bukanlah nak beli sangat. Tapi sebab murah makanya banyak juga yang saya borong. Ehhh, sebenarnya ini dikira sikit tau. Ada customer lain sampai tak cukup tangan nak bawa. Ibaratnya kalau saya ada gelang emas, gelang emas saya ada satu je. Orang lain siap gelang emas sampai ke siku. Banyaknya diorang memborong.


Owh mai Gucci... Cantiknya topi-topi ni. Sangat colorful dan menarik. Tapi saya tak beli pun. Batik satu Malaysia juga ada dijual disini. Bermacam barangan ada dijual. Boleh pilih mana yang berkenan. Harga boleh negotiate. Hehe~ dah macam orang jual barang pun ada saya ni. Dah selesai berjalan-jalan, saya berpatah balik ke Booth Hotlink memandangkan orang yang saya tunggu juga telah tiba.


Setelah selesai semua urusan, saya dan my adik pun bergerak pulang ke rumah. Sampai je di stesen lrt Bukit Jalil, saya nampak ada booth SPR. Haa... sudahkah anda mendaftar pengundi? kalau belum jangan lupa singgah di booth SPR. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Masa depan negara di tangan anda. Cewaahhh~ pandai pula saya berkata-kata. Hehe~


See... i told you yang ramai betul umat manusia dekat Bukit Jalil ni. Makin lama makin sesak.


Barang apa yang saya tunggu? Ni ha, i need to make sure calendar dekat bawah ni sampai dekat Hotlink booth and i need to get the invoice. Fuhh, sejam saya tunggu orang datang hantar barang ni. Cantikkan kalendar ni. Hehe~ sempat juga saya rembat beberapa keping untuk simpanan saya.


Sampai sahaja di rumah, saya terus menyusun segala barang yang telah saya beli. Hehe~ agak-agak, banyak tak stok makanan ringan yang saya dah borong? Penuh kabinet dapur saya. Kalau dah penuh macam ni dikira banyak ke? Hehe~


Pada yang sedang berdiet, anda dilarang meniru perbuatan saya ini. Dan pada yang masih punya anak kecil, anda tidak digalakkkan sama sekali untuk membeli banyak junk food. Nanti rongak gigi anak anda. Dan sebenarnya korang. Tak elok pun makan makanan ringan banyak sangat. Jangan lupa jaga kesihatan ya. Semua makanan ringan ni belum tentu me and my adik yang makan. Kitorang memang suka membeli tapi belum tentu semua ni akan habis dalam masa dua bulan. Sometimes jadi perhiasan dalam tempoh yang agak lama baru timbul kesedaran dalam diri kami untuk meNGAP makanan ini.

Sunday, December 5, 2010

2nd Award

Posted by | | 8 comments

Tak sangka dapat satu lagi award. Sebenarnya rasa macam, aishhh~ layakkah saya menerima penghargaan ini. Mungkin pada kaca mata pemberi award saya layak. Tapi bila saya lihat dan nilai... ish, seperti banyak lagi yang perlu diupgrade. Bila visit blog lain, adehh punyalah cantik. Kadang-kadang nampak mengiurkan. Lagi-lagi bila blog tu banyak main dengan warna dan creativity. Saya suka yang simple tapi canggih. Pastinya sedap mata memandang. Amboi... lagak seperti mahu mencari teman hidup pula. Hehe~


Orang kata tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Aishh... saya menerima dengan perasaan segan dalam diri. Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki. Dengan berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada pemberi award gedungrasa.

p/s: Dulu hobby time hingusan kumpul sticker. Berlambak buku sticker saya kumpul. Sekarang ni kumpul award. Hehe~

Saturday, December 4, 2010

1st Award

Posted by | | 0 comments

Terima kasih daun keladi,
lain kali bagi lagi.


Hehe~ first time cik Iera dapat award dan susah-susah je empunya blog ni. Siap bagi award lagi kat cik Iera sebab cik Iera dah jadi followers dia yang ke-100. Sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga, entry ini khas untuk mimithegadis. Saya terima award anda~ Yehaa yehaa~ Adre andre~~~

Thursday, November 4, 2010

pergi cari yang lain

Posted by | | 0 comments

Maaf la En Lift, saya tak nak bercinta dengan En Lift. Jadi En lift pergi lah cari mana-mana perempuan. Saya tak sudi. Berhenti main sepit-sepit saya. Fuhh.. sebenarnya nak marah dekat Lift office ni. Dah dua kali tersepit time nak masuk keluar lift. Sakit ok... Pandai pula lift ni main sepit-sepit orang ye.

Lepas kerja sempat ke Tesco jalan-jalan. Tiba-tiba rasa nak buat popia sendiri. So by the time dah sampai Tesco ampang ni, i just grab semua bahan-bahan untuk buat Popia. Hehe, lepas solat Isya' je terus proses semua benda untuk dibuat inti popia. Sekarang tengah tunggu Inti popia sejuk sikit sebelum dibalut dengan kulit popia. Before proses inti popia, of course i need to call my mum. Apa lagi, tanya macam mana nak masak inti popia ni. Time tengah masak inti popia i call my dad pula. Yela, saja nak wish congrats sebab calon BN dekat Adun Galas menang. Yes, my dad memang penyokong setia BN. Asal ada pilihan raya dekat Kelantan, dia antara orang yang busy menolong BN berkempen.

Hehe.. sebenarnya teruja buat popia sebab ni first time saya buat sendiri. Sedap ke tak belakang kira. Janji kejap lagi saya nak balut popia saya cantik-cantik macam saya balut hadiah. Teruja buat popia sampai saya postpone subject cari duit secara online.

Hehe~ Ada cikgu nak ajar saya macam mana nak earn money secara online. Well, saya suka experiment. So, kejap lagi saya nak belajar menjana duit secara online. Hebat ke? hehe.. nanti dah ada hasil saya announce okey. Esok Deepavali.. Yeay!! Holiday... Happy Deepavali kepada sesiapa yang menyambut perayaan ini.

Oopps.. esok saya nak karaoke sampai sakit tekak... lepas pergi Ofis artis, hari-hari saya menyanyi.. hehe...

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa....

lalalalala~