Showing posts with label Dad. Show all posts
Showing posts with label Dad. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Tangan gatal petanda nak dapat hadiah ke?

Posted by | | 2 comments



Hehe... orang cakap kalau tangan gatal tu petanda kita nak dapat duit. Betul ke? Bila di flash back balik, rupanya dah nak masuk 2 bulan saya convo. Dan dah nak genap 5 bulan saya bekerja di KL ni. Last night ayahanda call. Hehe~ Katanya dia nak bagi hadiah sempena convocation saya hari tu. But he said that i need to go home first. Aishh... bab nak balik ni yang payah. Bukan apa, baki cuti ada lagi 2 hari je untuk tahun ni. Sebenarnya Ayahanda nak suruh celebrate birthday dia la tu.. Hehe~ i know you daddy.

Last time i forgot my mum's birthday. Owhh, teruk betul saya ni. Walaupun saya still wish pada hari tu juga, but that doesn't change the fact yang saya memang lupa. Agak sedikit terlewat wish birthday mama hari tu. Before October memang saya ingat. Bila dah masuk October saya lupa. Time tu rasa bersalah berganda-ganda. Aishh... This time saya tak boleh lupa birthday ayahanda. Busy macam mana pun saya mesti ingat. Alarm dekat phone pun dah pasang in case kalau terlupa ada yang ingatkan.

Kepada anda semua, andai saya terlupa maka ingatkanlah saya. Bukan nak suruh remind pasal birthday ayahanda. Tapi ingatkan saya pada apa jua yang boleh buat saya alpa. Kerana sesungguhnya sebagai manusia, saya tidak lari dari membuat kesilapan.

Ingatkan aku andai aku lupa,
Kerana kadang-kadang aku alpa,
Dalam mengejar kebendaan,
Kerana aku juga manusia biasa.

Wednesday, November 10, 2010

Raya Haji tak balik ke?

Posted by | | 0 comments



Ayah,
"Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa."


Saat ini sendirian di Office. Actually office ni scary juga. Tapi aishh.. think positive. Jangan fikir benda bukan-bukan. Sememangnya sangat busy this week. Last nite papa called tanya Raya Haji nanti balik ke. Then i said, "tak balik sebab dekat KL ni cuti sehari je". Kedekut betul. Deepavali pun 2 hari cuti. Huh...

Papa macam a little bit upset sebab tak beraya dengan dia. Ikutkan dah dua tahun tak celebrate raya haji dengan parent since last year papa dan mama pergi ke Mekah menunaikan haji. Then my dad ask me "Dah raya Haji tak balik, bila pulak nak balik?". Then i said i will go back a week after raya haji. Reason sebab time tu my dad ada injection dekat hospital. Biasalah, bila dah tua ni tak boleh active sangat. Tak elok untuk tulang. My dad sangat suka main tennis. Kalau lutut tu dah sakit pun still pergi main lagi. Until one day dia asyik merungut cakap lutut dia asyik longgar je. Jalan pun sakit. Then i said to him, "Kalau papa tak nak kaki kena potong baik papa pergi check kat hospital." Hehe~ esok tu my dad terus buat appointment dengan Doc. Tu pun bila dah tak tahan sakit. And i just found out from my mum yang papa ni takut pergi hospital sebab takut kaki kena potong.

Bila fikir-fikir balik betul juga. When my dad nak telan ubat, dia akan makan ubat tu either dengan roti, biskut or pisang. Sebab nak hilangkan pahit ubat tu. So lepas dah pergi jumpa doktor pakar, my dad call me cakap, "papa kena inject nanti. Papa dah tengok jarum and jarum tu besar dik. sebesar ibu jari.." Haha~ So a week after raya haji i will go back just untuk teman my dad. Bukan saya je, my siblings juga akan balik. And doktor pakar dari KL akan turun ke Kelantan since my dad request his doctor to be there time injection tu nanti. Hopefully everything will be ok.

Ada satu masa, saya kena inject then after that my dad ask me, "adik, sakit ke kena inject?" I just look at my dad face and said, "Ntah, dah biasa. sakit sikit je. Nurse tu tak pandai buat." Then my dad said, "yeke, tak pe, jum kita makan nasi beriyani." haha~ pandai juga my dad ni amik hati. Sememangnya saya sentiasa merindui ayahanda dan bonda saya.