Showing posts with label Cita-cita. Show all posts
Showing posts with label Cita-cita. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

Impian setinggi gunung

Posted by | | 6 comments

Impian biar setinggi gunung. Sekurang-kurangnya bila kita punya impian, maka hidup kita ada arah tuju. Bermatlamat dan kita punya target. Jangan hidup ibarat mat jenin. Berangan sampai ke sudah.


Tadi mencuci mata sambil merehatkan minda dengan menonton "Rapunzel a tangled tale" dekat "Times Square". Sebenarnya nak buat movie marathon. Ingat nak tengok Rapunzel together with "Faster" lakonan Dwayne The Rock. Tapi baru perasan Faster belum released lagi dekat panggung wayang. Aishhh, sebenarnya minat giler tengok The rock. Haha~ So summary from Rapunzel movie yang saya boleh conclude is, setiap orang punya impian. And we need to achieve our dream.

How are we going to achive impian kita tu? Ha, tepuk dada tanya sama hati dan otak. Yang penting, nekad. If this is what we want, then go for it. Kadang-kadang, nak gapai apa yang kita nak tu susah kan? Rasa macam aihh, apa nak buat ya? How to start? I have this kind of problem too. Selalu if im facing this kind of problem, atau takut nak buat, saya main redah je. But of course, banyakkan berdoa dan lepas buat tu kita bertawakkal. Semoga apa yang kita buat ni tak terpesong dari ajaran agama kita. Paling penting percaya pada tuhan. Because i always believe, Allah knows what is the best for us.

Tuesday, November 30, 2010

Surat dari sahara

Posted by | | 4 comments

ku tunggu surat dari sahara
ia bukan surat cinta
jadi jangan salah sangka
ia untukku gapai cita-cita.


Wahhh~ sahara? surat cinta? salah sangka? cita-cita? Apa benda cik Iera mengarut ni? Hehe~ sebetulnya saya punya cita-cita. Maka saya sedang berusaha untuk mengejar apa yang saya impikan selama ini. Jadi, salah satu cara adalah dengan berusaha!

Jadi, langkah pertama adalah dengan menunggu surat cinta. Ehhhh.... bukan surat cinta. Tapi reference letter. Rasa macam lama je nak dapat. Kerana surat itu bakal menaiki kapal terbang dari sahara ke Malaysia. Kenapa jauh sangat reference letter cik Iera? Nak buat macammana, Lecturer cik Iera sekarang ini berada di Saudi. Makanya ku tunggu janda mu, ehh, ku tunggu surat ku datang dari tanah sahara.

Nak buat apa dengan reference letter? Macam-macam boleh buat. Nak sambung master? Nak apply kerja? Kalau ada recommendation dari lecturer or reference letter, makanya resume akan jadi lagi strong. Ditambah pula kalau pointer tinggi. Tinggi ke pointer cik Iera? Tak setinggi ratu cantik dunia. Tapi tak serendah kembar comel si Upin dan Ipin. Uishh~ perbandingan apa yang cik Iera pakai ni? haha~

Makanya, sekarang ini cik Iera tunggu surat datang dari tanah Saudi. Semoga surat itu sempat tawaf ke seluruh dunia sebelum sampai kepada cik Iera.