Monday, November 21, 2011

Sebarkan perasaan itu.

Posted by | |

Iya, sebarkan perasaan itu. Bila mana saya punya pelbagai rasa dalam diri, i don't keep that feelings seorang diri. Pastinya saya akan kongsi rasa itu. Bila happy, atau mungkin takut ke, saya akan call both parents and my best buddies. Bila call papa and cakap papa saya takut, or maybe papa tolong doakan saya or maybe papa tolong buat solat hajat untuk saya... my dad will just laugh at me. Then after membebel sampai puas hati i will call mama pula. Suruh mama solat berjemaah dekat surau rumah and ajak papa sekali. Then ask all surau members untuk buat solat hajat buat saya. OK... itu memang agak melampau kiranya. Berhajatkan sesuatu tapi suruh orang lain buat solat itu.

Definitely saya juga akan buat sendiri solat hajat itu kiranya saya punya hajat tertentu. Pasal best buddies pula... actually sorry to my best buddies. Saya memang suka membebel sebab itu salah satu cara saya mengurangkan perasaan yang pelbagai ini. Hatta takut sampai rasa senak perut, hatta rasa gembira sampai nak melompat-lompat, mahupun rasa sedih sampai sebak-sebak... terima kasih sebab sudi kongsi rasa itu walaupun korang terpaksa mendengar bebelan-bebelan itu.. haha~

Bagi saya, kalau kita punya rasa, kongsikan perasaan itu. Tapi, tetap ada beberapa perasaan yang kita tak mungkin akan kongsi sebab kita tak mahu orang yang kita sayang tahu tentang perasaan itu. Selamat bekerja semua. Ceriakan diri anda. Walau kita punya perasaan takut, walau kita sedih atau gembira dan atas pelbagai rasa yang bersarang dalam diri... kita tak pernah keseorangan. Lihat sekeliling, pasti ada seseorang yang sudi berkongsi pelbagai rasa itu.

0 comments:

Post a Comment