Friday, November 11, 2011

Bila kali terakhir kita cium parent kita?

Posted by | |

Wow... tajuk sangat subjektif. Berkaitan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Bila kali terakhir kita cium kedua ibu bapa kita?

I have my own story related to this topic. Dulu-dulu, saya bukan seorang yang pada saya sangat suka menunjukkan kemesraan terhadap kedua ibu dan bapa saya. Boleh dikatakan saya ni cium tangan mak ayah jarang sekali. Kalau keluar rumah tu just lambai-lambai then cakap bye papa bye mama. sangat sempoi dan ala-ala kebaratan. CEWAH!!! nak jugak ada budaya western! Bila jarang bersalaman, mencium pipi apatah lagi. Agaknya time raya je kot. Itupun sebab kalau tak cium tak dapat duit raya.

Sampailah satu hari, ketika saya berada di tahun dua di universiti. Masa tu saya tengah menunggu rakan di hadapan asrama. While waiting for a friends, i saw a girl bersalaman dan mencium pipi kedua ayahanda dan bondanya. Masa tu saya fikir, ish saya ni sepanjang hidup ni tak pernah buat benda tu semua terhadap kedua ibu dan bapa. Sangat tak menitik beratkan benda tu semua. Takkan la bila dah jadi jenazah baru nak cium pipi? Alangkah ruginya saya. YES!!! ketika itu jauh disudut hati, saya sedih dengan attitude saya sendiri.

So bila dah cuti semester, and up until dah bekerja ni... every time i met my parent atau dah nak berangkat balik ke KL, i will always make sure yang saya akan salam dan cium pipi my own parent. Mula-mula nak buat memang rasa macam malu-malu. Yela, dah besar baru nak buat semua tu. Kang nanti mama cakap saya buang tabiat ke apa ke. Tapi dah lama-lama tu, rasa macam dah terbiasa.

Orang selalu cakap, hargailah kedua ibu dan bapa kita semasa mereka masih hidup. Dan saya sangat menghargai mereka ini setiap hari.

0 comments:

Post a Comment