Sunday, February 20, 2011

Nasib tak pengsan. Kelam kabut je...

Posted by | |

Tangan ligat menukar code. Menghirup kopi sambil sesekali memakan pasta. Okay... copy paste dalam istilah Inggeris. Saat ini sedang menunggu ketibaan ayahanda. Sekitar jam 8 ayahanda beri message. Katanya sedang on the way ke rumah. Mahu terbeliak biji mata tatkala membaca message dari ayahanda. Iyalah, siap pesan suruh masak sedap-sedap sedangkan hakikatnya hari ini dinner hanyalah roti dimakan dengan sosej dan nugget. Ayahanda ku ini tidak punya selera kebaratan. Nasi tetap di hatinya. Hehe~

Ligat memikirkan nak masak apa ya. Dalam peti ais memang tak ada barang mentah. Dah lama tidak memasak. Last-last masak nasi dan bergegas ke kedai mamak terdekat. Ikan kembung tiga rasa, sayur kailan ikan masin, paprik seafood dan ayam tandoori. After half and hour siap. Aish, bila orang tua sendiri datang ke rumah mesti kena hidang sesuatu. Kalau tak masak pun beli. Janji ada makanan untuk dihidang. Kelam kabut juga. Nasib rumah memang sudah siap sedia kemas.

On the way back ke rumah, hampir pula tergelincir. Kelam kabut punya pasal. Last-last ditegur si adik, ish hang ni... ni baru parent sendiri. Belum lagi mak mertua yang datang ke rumah. Iya juga ya... agaknya kalau mak mertua yang message bukan setakat terbeliak. Agaknya pengsan terus. Aishh ayahanda ini datang mengejut. Tidak pula diberitahu awal-awal. Mahu spot check ke apa? haha~

Dah sampai ke rumah rileks depan TV layan uji bakat mentor. Memang lawak peserta uji bakat ni. Sesekali tergelak melayan kerenah mereka. Time iklan mata tertancap kembali di skrin laptop. Sesekali sempat juga menjeling kembali ke kaca TV. Owh.. gelakkan orang ya. Dahla gelak, siap kutuk diorang cakap suara tak sedap la, itula, inila. Tengah mengutuk tiba-tiba terfikir, macam suara sendiri sedap. Ntah-ntah sama saja. Kembali beristigfar. Tersedar diri sudah buat salah.

Selamat malam readers.

0 comments:

Post a Comment