Wednesday, December 1, 2010

Hari ni Dominos je ye.

Posted by | |

Gendang gendut tali kecapi,
Dapat makan rendang suka hati.

Hari tu jiran cik Iera bagi rendang masa raya haji. Cik Iera happy sebab cik Iera memang suka makan rendang. Yeay!!!

Dah siap makan rendang cik Iera basuh pinggan makcik tu. Tapi macam mana nak pulangkan? Cik Iera baru belajar memasak. Jadi skill memasak tu aih.. baru di tahap nak merangkak. Adess~ tak kan nak pulangkan pinggan kosong.



Jadi memandangkan jiran cik Iera tu ada anak. Hehe~ Hari ni cik Iera beli Dominos. Bukan main suka anak jiran cik Iera. Sambil pulang pinggan dan beri Dominos, cik Iera cakap, "Sorry makcik, saya masak tak sedap. Nanti dah sedap saya bagi makcik rasa. Buat masa ni makcik makan Dominos dulu ye."

2 comments:

Sepi tanpa mimpi said...

balas apa pun tak kisah. janji ikhlas. :)

ierayahaya said...

Sepi tanpa mimpi: Hehe~ itula kan.. janji balas dr bg pinggan kosong.. ;p

Post a Comment