Tuesday, December 28, 2010

Cintai Malaysia!

Posted by | |

Entri ini khas untuk tanah airku. Saat kita dicerca. Ada mata yang menghina. Kejayaan kita dicemuh. Nama Malaysia dicerca. Selaku rakyat Malaysia... aku bangga! kerana ini tanah tumpah darahku. Tanah aku dilahirkan. Disini aku kenal erti kemerdekaan. Saat ini laungan Malaysia boleh berkumandang. Semangat patriotik membuak-buak. Kali ini bukan serumpun jadi persoalan. Kali ini bukan warna kulit jadi ukuran. Kali ini... Malaysia harus menang. Martabat kita harus dijulang. Supaya ada yang tahu menghormati kita.



Hentikan segala cemuhan dan kutukan. Kita lihat... siapa menang dialah juara. Dialah yang layak dihormati. Ayuh Harimau Malaya. berlari dengan gagah, berdiri dengan segak dan sedarlah... berjuta rakyat menyokong anda.

0 comments:

Post a Comment